Thursday, October 7, 2010

bayi pertama selamat dilahirkan di sekolah harapan...



wooo,, terpinga saya selepas terbace tajuk surat khabar sinar harian hari ini, 7hb 10 2010... menurut laporan dari surat khabar berkenaan bahawa sekolah mengandung ini telah berjaya mencapai matlamat dan visi penubuhan.. so, matlamat dan visi kerajaan menubuhkan sekolah harapan ni adalah semata-mata ingin menyelamatkan bayi.. memang matlamat ni murni, namun adakah sejajar dengan apa yang disarankan dalam Islam.. jika dibace lagi isi laporan menyatakan semakin ramai yang berminat dan mula mendaftarkan diri..

Ya Allah, ini kes berat.. maka akan ramai lagilah remaja-remaja yang melakukan perbuatan keji iaitu zina.. bkn sekadar zina, malah nanti yang belum mencuba utk lakukan akan try utk melakukan perbuatan keji ini dengan alasan nasib mereka akan terbela...masalah ini serius dan perlu ditimbal balik.. jika tidak dibendung nanti,, maka sekolah2 harian dan sekolah2 agama or, sekolah2 swasta, and sekolah2 asrama penuh dan macam2 jenis sekolah lagi yang terdapat kat malaysia ni bakal ditutup kerana kekuranagn pelajar..
oh no!!!!!! ni perkara bahaya.. mana pelajar2 ni? kat mane? sekolah harapan....

menurut laporan dalam akhbar itu tadi juga, ibu kepada bayi pertama sekolah harapan tersebut adalah pelajar berusia 17 tahun yang bakal menduduki spm tidak lama lagi...inilah gejala yang telah terjadi di negara kita yang dicanang sebagai negara islam,, namun, perkara sebegini semakin berleluasa.. manusia bakal menganggap zina bukan lagi dosa yang patut menerima hukuman, tapi bahan keseronokan dunia yang patut dinikmati... tanpa menyedari pembalasan Allah yang amat pedih...

"la taqrabu zina"= " jgnlah kamu menghampiri zina"

namun peringatan Allah ini dipandang enteng oleh ummat hari ini.. Allah telah tetapkan penzina perempuan dan penzina lelaki yang belum berkahwin, dihukum sebatan sebanyak 100 kali, manakala penzina perempuan dan lelaki yang telah berkahwin dihukum rejam samapai mati...... hukuman hudud yang Allah tetapkan dalam Al-Quran cukup sempurna.. namun, adakan cara ini yang diguna pakai?? adakan anda yakin ada lagi yang akan berani melakukan perbuatan keji ini andai hukuman tuhan kita laksanakan.. adakah Allah menyebut dalam Al-Quran ataupun hadis berkenaan sekolah harapan? namun manusia akan mereka apa sahaja yang akan menolok hukum tuhan...

jgn nanti kita biarkan negara kita dipenuhi anak luar nikah, dan maksiat berleluasa hingga didepan muka pintu rumah kita... namun, anak yang tidak berdosa harus diselamtkan tapi bkn dengan cara sebegini.. andai zina dan maksiat tidak berlaku, mustahil ada yang akan menganiaya bayi yang tidak berdosa... cegah zina dan maksiat, pembuangan bayi tadak akan berlaku lagi...

tegakkan islam dimuka bumi..... maka makmurlah bumi dengan rahmatNya.... insyaAllah... aminnn...... islam pasti menang...

Thursday, September 30, 2010

apabila kita berkasih sayang,,

wah, hebat tajuk ni... sapa kita tu ye?
hmm,, kasih sayang ni mmg fitrah manusia kan? semua manusia perlukan kasih sayang. mcam remaja sekarang cakap la," kami ingin mencintai dan dicintai"

tapi sedarkah mereka kata-kata ini disalah ertikan dengan cinta dan kasih sayang yang tidak dibenarkan.. sebenarnya kasih sayang adalah makanan asasi setiap makhluk di muka bumi. kasih sayang tidak terbatas dalam lingkungan manusia sahaja , tapi lebih meluas daripada itu.Rasulullah adalah contoh manusia yang paling banyak melimpahkan kasih sayang seperti sabda baginda;
" perumpamaan kaum mukmin dalam kasih sayang mereka ibarat satu tubuh yang apabila satu anggotanya menderita, maka seluruh tubuh akan turut menderita sama ada tidak boleh tidur ataupun kerana panas"(riwayat muslim)

dalam hadis yang lain lagi menyatakan janji Allah kepada orang yang berkasih sayang"sesungguhnya Allah menyayangi hamba-hambaNya yang erkasih sayang"(riwayat bukhari)

namun, jangan sesekali kita salah ertikan maksud kasih sayang yang telah Allah tetapkan.. kasih sayang akhirnya menjerat manusia hari ini ke neraka.. maka rugilah bagi yang menyalah ertikan erti kasih sayang..

suburkanlah kasih sayang yang mahmudah dalam diri kita. kasih sayang hamba kepada Allah, kasih sayang anak kepada ibu bapa, kasih sayang sesama saudara mara, kasih sayang sesama muslim(bukan couple ye!!)

Tuesday, September 28, 2010

"kejap lagi lah..."

huhu,, macam pernah dengar ya? tapi dimana??

hehehe,, ucapan yang menjadi kebiasaan anak muda hari, bila disuruh dan diminta berbuat sesuatu.. macam dah jadi jawapan wajib je kan? tapi apakan daya, kita harus cari jalan keluar agar tak terus memberi jawapan sedemikian.. walaupun pepatah bi ada sebut, better late than never. tak semestinya kita kena sentiasa lambat kan?or, idiom, tomorrow never die, jd tak semestinya kita kena tangguh sampai esok keje kita..kalu orang betul-betul faham istilah ni,, dia akan buat kerja tu terus kan?

tapi walaubagaimanapun, kalu tak faham bahasa orang putih, kita hayati peribahasa melayu kita, siapa cepat dia dapat... ha,, terang lagi bersuluh kan,, kita lebih baik buat jgn bertangguh dan bersungguh-sungguh... pepatah arab pun ada sebut,(hehe, x brapa ingat, yang blajar masa f.5),, macam ni lah lebih kurang, "burung yang keluar awal pasti akan dapat dulu" lebih kurang la maksud dia..
ape yang boleh tgk sekarang macam ni la, kalau kita ni lambat, akhirnya kita sendiri akan rugi.. contohnya, bila kita sekarang bertangguh nak buat ibadah,akhirnya kalu dah tak sempat, tak ada la bekalan kita kat akhirat nanti.. bukan apa, kita ni manusia, tak tahu bila ajal kita,, sebab tu la Rasulullah bersabda," berkerjalah kamu ibarat kamu akan hidup seribu tahun lagi dan beribadahlah kamu seperti kamu akn mati sebentar lagi"

Islam cukup indah, ajar penganutnya buat kerja semampu mgkin dan jgn sesekali menangguhkan kerja.. hebat kan,so, sama-samalah kita berubah kearah yang lebih baik.. hari ini lebih baik dari semalam,dan esok lebih baik dari hari ni.. ayuh ummah,, selamat beramal..

Monday, September 27, 2010

berangkat tak terangkat.....


huhuhu, tajuk yang agak lawak, ye ke?
xde la, serius tajuk ni sebenarnya,,,ye,, mmg serius, macam mane orang yang sering diangkat oleh orang lain, tahu2 je dia dah ada kat tempat tinggi sebab kene angkat,, hehehe, ni bukan soal angkat badan, tapi angkat diri,,

eh, pening betul, kejap bukan angkat badan, ni angkat diri pula, bukan sama ke tu??

he2,, lain la sayang.. angkat diri ni, memuja, memuji, mengangkat name orang tu , sampai disebut-sebut oleh orang lain.. ni kes serius tw.. kalu terus terangkat dan diangkat sampai boleh buat seseorang tu dah tak pandang bawah.. ni la gejala yang termelular dalam diri manusia(al-insan_lupa) yang sering lupa diri..

gejala ni boleh la diberi nama, ujub, tajabbur, sum'ah, dah macam2 lagi yang sama erti dengannye.. teringat saya tentang satu isu dalam solusi(majalah agama famous terbitan telaga biru) isu ke-21, melebur takabbur.. sebenarnya sifat ni tanpa disedari menyelinap masuk dalam diri manusia ni.. sifat ni boleh hadir bila-bila masa saja.. tapi yang amat bahaya gejala ni membuatkan amalan baik kita tak langsung diangkat oleh Allah nanti.. sia-sia sahaja lah amalan kita dengan hadirnnya sifat ni dalam diri..nauzubillah.. moga kita dilindungi..

walau bagaimanapun, perlulah kita ingat, iblis telah berjanji untuk menyesatkan anak cucu adam selagi boleh.. tak kira tok guru, mufti, ustaz, lagi-lagi kita, cuma manusia yang hina..sesungguhnya, sifat takabbur tu hanya milik Allah, bukan makluk seperti kita yang tak punya ape2,, semua yang kita ada sekarang hanyalah pinjaman semata-mata..

Allah berfirman"sesungguhnya DIA tidak suka kepada orang yang sombong takabbur"

(an-nahl:23)

dalam Al-Quran sendiri Allah banyak menyatakan umat2 terdahulu yang dibinasakan akibat sifat takabbur mereka.. maka sebagai ummat akhir zaman, seharusnya kita mengambil pengajaran, lihat, bagaimana Allah binasakan firaun, akibat dari sifat bongkak dan sombong, merasa dirinya tuhan, pada akhirnya mati kerana seekor nyamuk.. bagaimana pula Allah binasakan kaum ad' dan thamud, kerana takabbur dengan apa yang dimilikinya dan tak mahu patuh pada Allah..dan bagaimana Allah tenggelamkan qarun dan hartanya, kerana sikap lupa diri...

banyak sekali kisah yang boleh dijadikan teladan, kutiplah ilmu yang boleh menghalang diri dari sifat tersebut..banyakkan amal ibadah, dan ingatlah segala kelebihan yang dimili hanyalah pinjaman semata-mata, dan bakal dipulangkan bila=bila masa apabila Allah memintanya kembali..dan sedarlah kita hanya manusia yang berasal dari tanah, dan air mani yang amat jijik, terjadinya kita... bukan dari emas dan berlian. moga kita akan diberi petunjuk oleh Allah, dan dilindungi dari sifat takabbur, riak, sombong, ujub, sum'ah, dan segala sifat mazmumah...

Sunday, September 26, 2010

E.X.A.M

abis versi raye,, kite masuk versi exam plop.. tahu2 jelah, adab belajar mesti ada exam kalu kat malaysia ni.. huhu. aku pun termasuk la salah seorang student yang ambil exam kerana itu sistem negara kita kan.. kalu diikiutkan, sistem peperiksaan ni tak la elok sangat, sebab kebanyakan student lebih menghafal teori untuk lulus dan cemerlang exam kan? kalu kita ikut sistem teori dan amalkan teori tersebut, pasti peperiksaan tu akan jadi something yang menyeronokkan bg student-student kan?

hehe, dah la melalut pasal sistem pembelajaran kat malaysia. kalu nak tukar, tunggu la aku jadi menteri pelajaran nanti.. keh3...

sebabkan exam final aku untuk sem ni lepas raye, raye aku kali ni kene la berpada-pada sikit.. huhu,, macam tahun sebelum ni la, SPM kan lepas raye,, raye ke-5 baru sentuh buku.. hehehe, tu tahap sakan ke berpada-pada? aku pun keliru.sentuh buku ke bace?? hehehe.. bace kot.. aceh2.. buat ayat budak baik..study konon nye..

alah-alah,exam 20 hb, aku bertolak dari terengganu 19 hb.. perut berdebar2 takut keletihan yang teramat akn melanda diri aku ni.. tapi Alhamdulillah, Allah permudahkan jalan aku. walau pun jalan sesak, namun aku tak la penat sangat. sesampainye kat hostel tu, tgk pula orang yang duk study menambahkan lagi semangat aku untuk turut study walau malam tu agak penat ngn ngantuk..

pejam celik, pejam celik, hari berganti hari, akhirnya abis la exam aku sampai 23hb. huhu,, Alhamdulillah abis jgk exam. aku harap la dapat result elok.. aku berserah kat Allah tentang keputusan tu.

dah abis exam tenang sikit rase hati ni.. tapi aku kene lebih struggle sem depan...insyaALLAH...

Saturday, September 25, 2010

R.A.Y.A. vs F.A.M.I.L.Y


huhu,,lame x menulis..
hari ni aku nak menulis pasal raye lah...

hehehe,, raye taun ni, family aku bertambah lagi sorang,, dengan kehadiran kakak ipar aku, nur hafizah(kak eija).. abang mie pun raye kat cni taun ni.. menjadikan family aku seramai 12 orang taun ni termasuk mak ngn ayah aku..waaaa.. happynye saat sume bleh kumpul.. dah lame x kumpul ramai2 macam ni...

time2 ni lah terjalin earat hubungan kami sekeluarga.. macam2 kerenah dan cerita baru akan keluar.. biaselah, lame x jumpe kan... mase pagi raye tu,,masing buat andaian,, adakah raye taun ni, kite akan berasak-asak dalam unser untuk pegi beraye macam taun lepas.. hehehehe,, walaupun berasak-asak,, tapi best sangat.. keh2.. tapi x mungkin punye,, sbb taun lepas pun dah macam ikan sardin, xkan nak tambah lagi sorang,, lagipun kakak ipar saya dah berbadan dua.. huhuhu, kalu kene sumbat jgk dalam unser tu, x tw la ape jdnye...

tu citer pasal nak pergi jalan raye,, x masuk cite2 nakal yang terkeluar tgh duk sembang ramai2.. huuhuh,, macam2, citer kakak aku(kak yah) yang takut bunyi blander, citer aku yang lari dari tadika sebab tok aku x tunggu nye.. citer main sungai waktu kecil-kecil lah,, n banyak lagii..... waaaa...... bestnye saat tu....

tapi sume tu dah lame pergi kan, jadi pengalaman yang amat berharga dalam diri ni.. best tw ad aik beradik ramai ni.. sekarang, masing-masing dah mula sibuk dengan kehidupan masing2,,sorang keje kt cyberjaya, bidang it( moga diberi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat, dan semoga dapat jodoh cepat), dua orang yang laki masing2 sibuk dengan bisnes masing2,, sorang peniaga emas, sorang peniaga keropok...( moga rezeki mereka akan bertambah dan diberkati Allah).. kakak2 iparkau pula, sorang cikgu, sorang pegawai bank.. kakak aku yang gombak,( moga jdi pelajar top kat uia), aku, baru menjadi pejar uia,, hehehe.. moga2 dapat jadi pelajr terbaik jge,, n adik2 aku yang tige orang kat kg, sorang form 4,( jadi anak baik taw, jangan main2 lgi, belajar dulu) mc lah ngn cik hud,, hehehe permata hati, adik aku yang darjah 4 , and darjah 2,, kerenahnye buat aku x lene,, aceh.. dan permata hati, pengarang jantung, insan paling berharga dalam hidup aku,, my mom and my dad.... waaaaa..... rindu ,, bile lagi boleh kumpul macam raye ari tu.....

ape2 pun,, sumenya aku rindu and aku sayang bangat kat mereka...ya Allah,, jadikanlah kami keluarga yang sentiasa bersatu hatinye... amin...

Monday, September 6, 2010

renung2kan dan selamat beramal


Al-Quran sebagai petunjuk disepanjang perjalanan sebagai seorang insan muslim.. dalam keadaan sedar dan tidak, didalamnya terkandung perbagai hikmat yang diceritakan oleh Allah sebagai petunjuk kepada manusia yang mengambil pengajaran. Alhamdulillah, hari ini marilah kita sama-sama merenung sebuah surah yang terkandung dalam Al-quran. moga2 kita tergolong dalam kalangan orang yang mengambil pelajaran..

secara keseluruhannya, surah ini menceritakan tentang kisah nabi Musa AS.kisah bermula dari bagaimana musa dilahirkan, kekejaman firaun , dan segalanya yang berlaku agar manusia mengambil pengajaran daripadanya..
"Kami membacakan kepadamu sebahagian dari kisah musa dan firaun dengan sebenarnya untuk orang-orang yang beriman." 28:3

dalam ayat2 yang seterusnya Allah menceritakan lagi bagaimana ketika lahirnya musa ke dunia dalam keadaan firaun memerintahkan agar dibunuh semua bayi lelaki yang kononnya bakal menjatuhkannya nanti..maka lahirlah musa, ibunya resah dan bimbang. lalu Allah berfirman:
" dan Kami ilhamkan kepada ibu musa,"susuilah dia(musa)dan apabila engkau khuatir terhadapnya maka hanyutkanlah dia ke sungai nil. Dan janganlah engkau takut dan jangan pula bersedih hati, sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu dan menjadikannya salah seorang rasul."28:7

setelah bertawakkal kepada Allah, ibu musa dengan keyakinan yang mantap pada Allah menghanyutkan musa ke sungai nil. janji Allah adalah benar, lalu musa dijaga oleh Allah dan diselamatkan oleh isteri firaun sendiri..maka, membesarlah seorang nabi yang bakal menyeru ummat manusia ke arah kebenaran.
"dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan musa dengan membawa ayat2 Kami dan keterangan yang nyata."40:23

kekejaman firaun dan kesombongannya serta keingkarannya terhadap perintah Allah menjadikanya golongan yang diazab oleh Allah. apabila Allah mengutuskan nabi musa sebagai penyeru, firaun berkata yang musa adalah penyihir.. lalu rasakanlah azab yang pedih dari Allah.
" masuklah firaun dan pengikutnya kedalam azab yang amat keras!"40:46.

lihatlah bagaimana kesombongan dan keangkuhan yang akhirnya membawa kepada azab yang amat pedih.. matinya ditengelamkan oleh laut merah yang terbelah dengan kuasa Allah..

"Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. setelah berhijrah ke Madinah melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada 10 Muharram. Rasulullah s.a.w. bertanya kepada mereka: “Hari apakah ini yang kamu berpuasa padanya?” Mereka menjawab: “Ini adalah hari yang agung. Hari ini Allah menyelamatkan Musa dan kaumnya. Hari ini juga Allah menenggelamkan Firaun dan kaumnya. Musa berpuasa pada hari ini sebagai syukur kepada Allah. Lalu kami turut juga berpuasa.” Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kami lebih layak mengikuti Musa dari kamu.” Lalu Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang Islam yang lain juga berpuasa."

P/s: wahai manusia yang punyai akal fikiran dan iman dihati, tutupi mata zahir dan bukalah mata hati, merenung kembali isi AlQuran agar kita endapat petunjuk darinya. moga kita tergolong dalam golongan Orang yang bertakwa// aminnn...

Thursday, August 26, 2010

my soul was gone....

my soul was gone!!!!
berkali lali ucpan ini ku utarakan,,
kpd kawan2 kuajukan rasa resah,
dan kepada Mu ya Allah,
aku adukan keresahan ini,
even my soul was gone,
but i must be patient,
because aku sedang berjuang,
berjuang untuk mengapai redhaMU ya Allah,

Tuesday, August 24, 2010

jalan hidupku


tak tahu la ape perasaan sekarang.. 10 pertama ramadhan telah berlalu pergi, .. sekarang sedang dipertengahan ramadhan..dan hanya membilang hari untuk ke penghujung ramadhan.. ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya makrifah, dan penghujungnya pembebasan dari api neraka.. sering bermain di fikiran kosongku ini.. adakah ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan sebelum ini? andai tidak, betapa ruginya aku.. sering juga aku bertanya diri ini,, adakah ini ramadhan terakhirku?kalu ini lah ramadhan terakhirku,, alangkah ruginya aku..

ya Allah, indahnya andai dapat aku lihat diriku dan ummat islam yang lain mencapai kemenangan seperti yang digapai ummat terdahulu dalam perang badar. walau berpuasa namun kekuatan mereka masih kental.. bagai langit dengan bumi antara kami dengan mereka Ya Allah.. bisakah kami mencapaiu redhamu ya Allah.. kami hambaMu di akhir zaman ini sering tewas dengan nafsu sendiri,jihad kami hanya melawan nafsu, namun sering rebah dan tersungkur.. mampukah kami menggapai syurgaMu ya Allah..

Ya Allah,
bantulah kami,
pimpinlah kami,
berilah petunjuk kepada kami,
agar kami bisa berjalan di muka bumi,
bagi mencari redhamu..

andai kami terleka,,
tegurlah kami,
jgn Kau biarkan kami terus hanyut,
tersesat di tengah perjalanan kami...
amin Ya Allah..

Thursday, August 19, 2010

ramadhanku....


aduh,, semakin hari semakin suram,, inikah semangat umat islam yang sedang berjuang... wahai saudaraku, bangkitkan semangat jihadmu, melawan segala rintangan..YaAllah,, bantulah kami hambamu, yang semakin lemah diserang nafsu..

ya, ramadhan yang dulu dapat ku lihat semangatnya dari luar, sekarang kian puadar.. hati ini cukup sedih, cukup terharu, cukup terluka,, melihat kelalaian kita ummat islam sekarang.. ak pun dapat merasa kelemahan dalam diri ini.. yang kian lemah melawan nafsu..

bagaimanalah ummat hari ini boleh menang seperti menangnya ummat islam da;lam perang badar dulu?? walaupun bilangan yang sedikit, cukup untuk mengalahkan bilangan yang ramai.. walaupun dalam keadaan berpuasa.. cukup berbeza dengan hari ini, yang hanya berjuang untuk melakukan segala kerja harian yang agak ringan, namun sudah mudah mengeluh.

ya,, walaupun lemah kita rasa, mohonlah dari Yang Maha Mencipta,, mengadulah pada Dia pada waktu malammu,, dalam tahajjud mu.. serahkan segalanya..
menangislah kerana takutkan Allah.. kenanglah azab dari perbuatan kita,, dalam sebuah hadis riwayat nasa'i ada menyebut,,"dua mata tak akan disentuh neraka selamanya. mata yang menangis takutkan Allah dan mata orang yang berjihad di jalanNya"

renung-renungkanlah..moga ramadhan kali ini akan bertambah baik.. rebutlah peluang yang masih ada ini.. hanya berbaki 20 hari sahaja lagi...selamat beramal..

Monday, August 16, 2010

kerana cintaNya


pagi yang syahdu,
dikurniakan tuhan,
andai digunakan,
bergandalah kurniaNya,
namun cuba tanya pada dirimu,
sejauh mana kau gunakan,
andai tak sebaiknya,
perbaikilah,
kerana cinta Tuhanmu sentiasa ada,
buat mu wahai manusia,
andai bukan kerana cintaNya,
kamu bukan lagi didunia ini,
andai bukan kerana cintaNya,
kamu tak bisa melihat dunia lagi,
andai bukan kerana cintaNya,
kamu tak bisa merasa nikmatNya....

Sunday, August 15, 2010

hancur...

hancur hati ini,, minggu ni yang dirancang dapat pulang ke kampung halaman berpuasa bersam keluarga x kesampaian.. namun ditabahkan hati yang hancur ini agar x berkecai.. huhuhu..walaupun hasrat dan hajat ini xkesampaian kerana sesungguhnya manusia hanya merancang dan Allah lah sebaik-baik perancang, ak diberi kesempatan untuk berbuka puasa dengan adak beradikku yang turut berjauhan dari keluarga..terubat la sedikit rindu, walaupun x sepenuhnya.

alhamdulillah, setakat ni Allah masih beri aku kesempatan untuk solat terawih sepenuhnya dan berpuasa,, dan moga Allah terus beri peluang untuk tingkatkan amalan2 soleh yang lain..kita ni kan manusia yang lemah dan sering naik turun iman ni.. ruginya andai ramadhan kali ini tersia macam tu saja sedang kita x tw ramadhan seterusnya ada x lagi untuk kita..

Thursday, August 12, 2010

hari-hari ku...

ya Allah,, semakin hari semakin banyak la assignment,, dulu relax aje..tapi sekarang semakin banyak la plop.. tapi takpe,, sebab ni dah jadi tanggungjawab ak..

Tuesday, August 10, 2010

oh malam..


Alhamdulillah,, malam ni Allah bagi kesempatan untuk aku sama2 solat terawih kat masjid bandar baru nilai.. masjid besar kat kawasan nilai la... huh,, cukup ramai.. macam dah macam solat jumaat.. malah lebih ramai lagi... terkejut aku tadi. ni la yang berlaku sekarang,waktu awal ramadhan n hari jumaat je la masjid tu penuh.. macam malam2 sebelum ni satu saft(baris) pun x sampai.. tapi hari ni,, sampai kat tengah jalan....masyaAllah,, hebatnya Allah kumpulkan ummat Islam kan.. kalau xde musim2 macam ni tentu ummat islam x dapat berkumpul macam ni kan...

hmmm,usai solat terawih,berduyun-duyun ke gerai2 yang ada kat bawah ni... Ya Allah,, macam nak raye esk,, padahal baru nak mula puasa.. macam2 jenis la yang ada dijual,,pakaian, kasut, accessory macam kerongsang, cincin, tudung, makanan n banyak lagi la... bukan x bagus nak jual banyak.. ok sebenarnya, tapi sedarkah kita dalam kita buat persiapan untuk raye kan,, adakah kita dah persiapkan diri untuk menjalani bulan ramadhan ni?? apa amalan yang kita nak tambah masa bulan ni?? atau kita hanya nak tambah pendapatan, tambah jumlah makanan yang nak dimakan dan tambah koleksi pakaian dan peralatan2??? tepuk dada tanyalah iman,, apa objektif n matlamat kita mase bulan yang mulia nia... sama2 kita koleksi diri yang lemah ini.. syaitan dah dibenggu,tapi adakah kita berusaha membelenggu nafsu kita.. ingatlah jangan jadi orang yang berpuasa tapi hanya dapat lapar n dahaga sahaja..ayuh kita rebut segala tawaran yang ada ni sebaik mungkin...

oh tetamuku....


waaa... ramadhan dah makin dekat... tinggal beberapa jam sahaja lagi... malm ni dah start tarawih.. esk kita dah mula puasa,, exitednya rasa.. tapi sejujurnya kita kena ingt, exited kita tu sebab nak sambut ramadhan dengan buat amalan atau dah tak sabar2 nak sambut aidil fitri.. adakah aidil fitri yang kita akan sambut nanti ti adalah kemenangan kita melawan nafsu diri di bulan ramadhan ni...

ingat la sahabat2 ku.. adakah kita yakin kita akan sempat menghabiskan ramadhan kali ini?? atau adakah kita yakin kita akan berjumpa lagi dengan ramadhan yang akan datang??
semuanya bukan dibawah pengetahuan kita.. "sesunggahnya Allah mengetahui sedang kita tidak ketahui"..hanya ni lah peluang yang Allah kurniakan untuk kita rebut..

semalam, sebelum kami student cfs iium nilai menutupkan mata,mati kecil,(huhu, tido la) ada satu pengumuman yang buat semua cerah mata BALIK..."TAWARAN HEBAT,ANDA INGIN DAPATKAN HADIAH MENARIK?? HANYA UNTUK SEBULAN,CEPATLAH SAMA2 KE GERAI RAMADHAN YANG SEDANG TERHANGAT,, TAWARAN MENARIK DARI ALLAH,, ANTARANYA HADIAH2NYA MALAM LAILATUL QADAR, SIHAT TUBUH BADAN,CERGAS MENTAL DAN FIZIKAL,, UNTUK RUJUKAN, BOLEH HUBUNGI AL-QURAN, AS-SUNNAH, IJMAK ULAMA'.. CEPAT2 SELAGI TAWARAN MASIH ADA."

sahabatku yang baru je membaringkan badan di atas katil empuk untuk melelapkan mata bingkas bangun kerana ingatkan ada jualan muarah dan hadiah percuma.. huhuhu,, tapikan itulah manusia. bila dicakap tentang ganjaran dan hadiah menarik,, cepat je,, tapi kita tak sedar yang Allah selama ni dah banyak sediakn kita macam2 hadiah percuma.. jadi,sama2 lah merebut peluang di bulan ramadhan ni yang mane segala perbuatan baik kita akn diganda oleh Allah..tapi ingat puasa kita dan amalan kita tu kenalah ikhlas.. mungkin susah tapi perlukan latihan..

Rasulullah saw. bersabda : Barangsiapa puasa Ramadhan karena beriman dan ikhlas, maka diampuni dosanya yang telah lalu dan yang sekarang ( HR.Bukhary dan Muslim).

"Allah Ta'ala berfirman : " Dan tidaklah mereka disuruh, kecuali untuk beribadah kepada Allah dengan mengikhlashkan ketaatan untukNya " ( Al-Bayyinah :5)

hmm,, banyaknya hadis dan ayat quran yang mengingatkan kita betapa pentingnya ikhlas.. walaupun ikhlas tu umpama semut hitam diatas batu hitam di malam yang gelap, namun sebagai hampa kepada Allah,, kita harus sentiasa melatih diri ini..

waallahua'alam....

Sunday, August 8, 2010

hisab diri



yaaa...hari ni masih berpeluang menghadap laptop ni.. hehehe,,

rindu bangat dengan kampung halamanku.. rindu nok cium tangan mk,ayh... rindu nok hirup udara kampung,, duk cni asyik hirud asap kenderaan je... lame x tgk sungai k.trg...rumah dekat dengan sungai,huhuh,, rindunya.. bila dengar abang ak cakap nok balik minggu depan, hati aku meloncat-loncat gembiranya.. rase nak bagitahu semua orang nilai,, aku nok balik trg!!!!!!!hehehehe..
gembiranya,,

tapi disebalik gembira ak dapat balik,, ak kadang2 sedih jugak dengan kwn2 ak yang x dapat balik.. at less ak kat cni biasa jgk balik umah kakak aku kat putrajaya ni.. ak ni boleh kitatekan manja la sebab biasa sgt balik.. kalu balik pulak x payah susah2 naik ktm n segala jenis pengankutan awam,,, memang hidup kat cni senang la.. so, i must be grateful person..

wahai kawan2,, bersabarlah ye.. ak mungkin bertuah dari aspek ni,, korang mungkin dari aspek lain.. yang pasti Allah tu maha pengasih dan maha penyayang... sedangkan cacing yang ada kat celah batu pun diberi rezeki oleh Allah.. ni pulak kita manusia yang memang dari dulu lagi diciptakan dengan pelbagai kelebihan...maka,, seharusnya, dan wajib kita manusia ni bersyukur kan??

hmm,, macam mana nak bersyukur ya??
adakah dengan mengucapkan "ak bersyukur" tu kita dah jadi manusia yang bersyukur??
adakah dengan sujud lama2 dan mase solat dah menunjukkan kita bersyukur??

Allah berfirman dalam surah yaasin,,,"mengapa kamu tidak bersyukur"..
ramai manusia yang diberi rezeki tapi masih ingkar perintahnya.. tu lah tanda manusia yang tidak bersyukur..cukupkah dengan mengucapkan Alhamdulillah,, solat,,namun kewajipan yang lain ditinggalkan??? bersyukur dalam kontek kita sebagai hamba adalah debgan memberi sepenuh pengabdiaan kepada Allah,, solat, puasa, zakat, haji, sedekah, tutup aurat, x langgar batas syariat, amar ma'ruf nahi mungkar, n banyak lagi la.. kita kena berbalik pada tujuan kita(manusia) diciptakan

Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah (mengabdikan) diri kepada Ku “

(Surah Adz Dzariyaat ayat 56)


salah satu daripada tujuan manusia diciptakan adalah untuk beriibadah... so we must do it.....

''Dialah yang menjadikan kamu sebagai khalifah-khalifah di bumi'' (Fathir: 39)
dan tanggungjawab seterusnya adalah sebagai kalifah di muka bumi,, bukan yang akn membawa kerosakan tapi yang akn memakmurkan bumi....

moga kita semua menjadi orang2 yang bersyukur dan dapat memakmurkan bumi... sesungguhnya janji Allah itu pasti dan Islam bakal tertegak suatu hari nanti....

TAKBIR!!!!
ALLAHUAKBAR!!!

Saturday, August 7, 2010

cfs iium

"Diwajibkan ke atas kamu berperang padahal itu tidak menyenangkan kamu, tetapi boleh jadi kamu tidak menyenanginya sesuatu padahal itu tidak baik bagimu , dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu.sesungguhnya Allah maha mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"(al-baqarah:216)

teringat pula perbincangan kami ahli dorm a-1-6 semalam,, antara kak long,mammy,aku and tiqah,,,Allah pernah berfirman,"ud'uni astajiblakum",, berdoalah dan Allah akan perkenankan,,kak long cakap die ad bace dalam buku kan,,knp Allah x ckap, berdoalah dan Aku berikan.. sebab Allah tahu ape yang baik untuk kite baru Allah bagi... jadi sebagai umatNya , kita x boleh nok persoalkan kenapa kita x dapat ape yang mintak.. mungkin Allah tahu kalau kita dapat something tu kita akan bertambah sesat..

sy bersyukur sangat dapat ahli dorm yang mcm ni.. walaupun pada mulanya ak rase x nak duduk dalam dorm ni.. tapi tu lah hikmat disebalik ujian... ak bersyukur,, Alhamdulillah...
xdinafikan ad jugak yang x bestkan,, tapi kene la redha.. dengan redha tu segalanya pati akan bertambah manis...

direnung balik surah Albaqarah tadi,, ak berusaha menguatkan diri menghabiskan 2 tahun pengajian kat cfs iium ni,,(hehehe,, baru je sem 1,,, dah berlagak mcm nok abis dah,,huhuhu,, sebagai semangat) namun, jiwa hamba yang hina ini takut nok hadapi suasana mendatang.. org kata,, kat gombak lagi la teruk... hmm,, ape2 pun tu la cabaran remaja,,, ak kene hadapi.. kalu x aku x kan bisa melepasi...

bimbang perubahan diri,
padaMu aku memohon,
mudahkan segala urusan,
tetapkanlah hati dalam agamaMu,
jangan pesongkan diriku,
selepas Engkau beri aku hidayahMu

remaja


alhamdulillah.. akhirnya blog ni di update... huhuhu..

semenjak dua menjak ni sibuk la ckit,, sampai ak dapat gelaran datin dalam dorm ak tu sbb tiap2 malam keluar,, terutama minggu ni,, huhuhu,, meeting, e-game, kelas n bayak lagi la..tapi ak cukup sedih sbb lame sangat jiwa ni x diberi makan x seperti di smka tj dulu...
tapi alhamdulillah, malam rabu yang lepas ustaz fim ak buat kelas yang iras2 malam muhasabah.. kalu miggu sebelum ni kami mengembara ke alam angkasa..luasnya ilmu tuhan,, Subhanallah,,,,
miggu ni pulak kami mengenbara ke alam barzakh,,mcm2 video ditonton bgi melembutkan kembali jiwa yang keras...

namun,, ramai yang lari kerana ketakutan.. sangat rugi orang yang lari dari nikmat untuk mensucikan diri ni... hmmmm tapi, ak bersyukur kerana masih ad program sebegini yang bleh mengisi jiwa manusia....

entahla,, kadang2 ak ragu2, adakah ak berada di iium sekarang.. suasana di sini x seperti yang digambarkan dari nama iium itu.. banyak perkara.. astarfirullah... kadang2 ak x sanggup nok menggambarkannya...

x solat, warna rambut, free hair, couple,, pegang2 tangan,, nilah remaja hari ni,, sambil menulis blog ni,, ak berkesempatan mengikuti halaqah yang disiarkan 3 ogos lalu dari internet.. yang bertajuk "jatidiri ramaja" tergaman sebentar mendengar tajuk ni... mane hilangnya jatidiri ramaja hari ni.... nauzubillah,,, moga kite terhindar dari keruntuhan akhlak dan jatidiri ini.....

ya muqallibal qulubb,,,
thabit qulubana ala diinik...

Sunday, May 2, 2010

............

dh lame tak mengarang.. hari ni tak berniat nok smbung pengalaman saya yang sediit ni.. mgkin nok kongsi sau citeje.. hari ni kan, selepas usai solat mahgrib hari i.. saya ajar la adk2 kecik yang tercinta mengaji,, mc lah ngn cik hud.. hehehe name manje... selepas je siap ngaji,, si keci huda pun terus ambik sehelai kertas n sebatang pensil yang dh die pegang sebelum ngaji tadi... tibe2 je die cakp,"ad projek ngn kak lah ea, x leh tengok,"..

ungkapannye tadi buat saya bertambah berminat, tambah pulk celoteh bdk2 ni memang akan buat kite ketawa.. hehehe.. saya pun try ambik kertas tu... die pun buat2 x nak bg, tp mcm nak bg.. hahaha... ahirnye dpt la sy bace ape yang ad kat kertas tu... die pun ckP" ambik ah, kak woh x paham gop".. sambil ketawa..

sesungguhnye, mmg saya tak faham ape yang ditulis si budak kecik tu..TAL/ TAH/.............SL/ SHX....memang pening n tak faham...saya pun try la korek rahsie tu dri si bdk kecik.. die mmg mudh nok kongsi ape yang die buat...last2, die pun terangkanlah..."TAL tu,, tutup aurat kak lah....TAH,, tutup aurah huda,, tande / pulak kalu baik ... SL,, solat kak lah......SH,,solat huda.. X kalu x baik....." tu la penerangan ringkas si bdkkecik...saya tergaman... hehehe bgs adk ak...hati berbicare...

cik hud pun terus menulis ape2 yang seterusnye n dibantu oleh si kakak...mc lah...saya pun berfikir sejenak.'.hebat minda kanak2 ni .. bleh berfikir untuk hisab diri... tapi ak yang dh besar panjang n, sering je leke dgn dunia yang bakal hilang..hina sanagt rase diri..' rase sangat nok ucp trima kasih kat bdk kecik dua orng ni,, disamping jadi penghibur saya kat umah,tapi die dh buat saya menginsafi diri ni..nilah wasilah dari Allah yang nok bg kat hambe nye... kdg2 bdk kecik pun bleh jadi cg kite... jgn pandang rendah mereke..sbb diorg mgkin lebih banyak ilmu dari kite...

selamat merenung .... salam muhasabah.....

Friday, April 30, 2010

pengalaman???1


ape ea??.. mgkin sedikit sebanyak cite yang saya nak kongsi ni semase di alam remaja...ketika sekolah menengah la terutamanya.. tapi saya cume nak bagitahu yang saya bukan insan yang kaya dan pengalaman tapi hanyalah pengalaman2 sebagai insan bernama pelajar....

k la, saya mulakan cite ni dari saya di tingkatan satu.. hehehe, tapi mase ni boleh dikatekan masih jahil tentang agama n sekolah agama..ya, saya bersekolah di sekolah menengah kebangsaan agama tok jiring.. pengalam yang dikutip pahit dan manis akn kekal terpahat dihati.. kerana disinilah saya ditarbiyah, dididik, diajar hingga menjadi diri saya yang sekarang.ok2, berbalik pulak mase tingkatan satu,, hmm ape ye?? saya dikire bertuah erana berjaya ditempatkan diasrama .. walaupun pada mulanya, saya memang seorg budak tingkatan satu yang amat manje, cerewet n macam2 lagi... bagi yang mengenalai diri ni mase ingkatan satu pasti tahu macam mane peranagi saya ka... hehehe.. mmg lawak, saya adalh pelajar second intake ke asrama walaupun first intake sek.. jadi pernah la rase jd pelajar luar selame seminggu.. minggu kedu,, diri memang teruk mase tu, lepas je masuk asrm, tiap2 hari nangis.. tiap2 hari suruh mak ayh mari tengok, nasi kat asrama x leh makan, air x leh minum,,sume x boleh,, nasi sbb rase lain dgn kat umah,, air pun same,, jadi terpakse la mok mari tiap2 hari... hehehehe... ni la cerewetnye saya dulu...kalu sape2 ingat, sampai sakit n balik umah sebab x makn... hahaha...tapi bkn sepanjang tahun.. akhirnye, diri yang lemah ni redha dengan keadaan.. terimala kene duduk asrama,, kalu tak tiap2 petang lps abis kelas, org lain pegi makn tp sy duk kat pondok telefon dengan sapu tangan hijau,, hehehe duk nangis nok balik...

ni kisah budak yang belum matang,, ahirnya, dah serasi dengan keadaan kat asrama tu.. dan kat asrama la insan yng lemah ni belajar berdikari, belajar kenal islam,, dididik oleh kakak2 kat sane... hmm, ni kak2 usrah mase f1 la,, mcda, kak saba, kak tiq, kak yek. n ramai lagi la... hmm, mcm2 advance kami pelajar asrama dri pelajar luar,, so, bile kat sekolah, kiteorg pun share la ape yang dpt... mmg ni la budaya dulu..tapi semakin pudar sekarang,, huk3,,, sedihnye..mcm tu la hidup mase f1... ad lagi, tapi byk yang nakal la.. sebab mase f1 kump saya ni boleh dikatekan geng yang nakal jugak la... hahaha, sembahyang lewat, bising bile kat mane2.. ni kisah zaman dinasor.. hahaha...

bile dh masuk f2,, jdi la matang sikit,, walaupun nakal mase f1, tapi Allah buke pintu hati ni,, nok suruh cri kebaikan kat bumi wakaf tok jiring ea.. so, hamba yang hina ni pun,, try la mencuba nsib, msuk prs mase tu..pembimbing rakan sebaya..mata yang dulu tertutup kini dh terbuka sikit nak tgk mslh pelajar kat sek...walaupun ramai org ckp, masalah kat tj ni kalu kate berat, jika dibanding sek biase,, diorang kate ringan la..tapi x nak la sume ni ad kan.. dlm prs saya mula belajar berinteraksi.. diri yang dulu kaku nak cakap ape2 ni dilembutkan la... walaupun tak banyak la.. tapi ad la belajar sikit2 cre nak berhadapan dengan org ni... mase ni, geng f1 yang same gak msk prs mase tu salma.. hehehe.. so kitorang bek jgk la... mase taun tu jgk kami(saya dan salma) terpilih la ke satu kem, kem tunas pemimpin,, mase ni nak lantik mpp baru la lebih kurang.. sebab kami duk asrama, kak aarifah la yang pilih mase ni.. walaupun sebenarnya, saya tak la menonjol mane pun kat sekolah... hmm akhirnye , pg la,, n mase akhor taun tu dilantik la jadi majlis pemimpin pelajar.. hidup yang dulu nakal, tapi dibuka jalan oleh Allah untuk menuju kearah kebaikan,, saya amt bersyuur, keran saya tahu ni la pemulaan baru dlm hidup untuk kenal lebih rapat tentang agama, walaupun duk kat sekolah agama, tapi kalu diri tak minat nak dudud kt c2, last skali pasti akan terkandas jugak..

bermula hidup sbgai mpp di f3.. mase ni byk yang dipelajari dari abg2 n kak2.. pasl dakwah, pasal amar ma'ruf nahi mungkar, pasal islam umumnye, n banyak lagi la,, saya cukup terharu, sbb walaupun diri ni hina sangat kat sisi Allah, tapi diri yang keldil ini masih dipilih untuk dapat semua nikmat yang tak ternilai ni.. Allah bg saya jalan yang tak pernah saya duga..dan pada tahap umur ni lah,, saya belajar ape sebenarnye usrah.. walaupun mmg ad usrah dritingkatan satu, tapi usrah dalam mpp ni lebih terase dlm diri ea... mcm satu suntikan yang tak dapat terhapus, hingga hari ni n berharap sepanjang perjalanan hidup hamba yang amat hina disisi Allah ni..diri yang kaku dulu mula memberanikan diri sebab tu la yang dilatih dalam mpp... masih saya ingat, mase f3 la first time jd mc mase satu majlis asrama,, pengetua,, penolong kanan. ydp asram sume ad,, terketar2 mase tu.. tapi ni la pengalaman.. selain mase majlis tu ad l mase perhimpunan hariaan kat sekolah jd mc jgk.. tp mgkin antara mc yang teruk la.. hehehe...ok la... rasenye sampai cni dulu... dah tak larat nak menulis byak2...

walaupun saya tahu crite ni takla menarik,hanya sekadar coretanyang hina dari insan yang hina.. n tulisan ni boleh jd peringatan kat diri... hidayah adalah milikAllah... walau sehina mane kita, sejahat mane kiata, andai hidayah tu Allah nak bagi kat kite, pasti ia manjd mili kite.. tapi walau sebaik mane kite, tapi kalu Allah x nk bg hidayah tu,pasti ia bukan milik kite, so.. sentiaselah memohon dari Rabbul Jalil agar hidayah Allah sentiasa bersama kita.... amin...

Wednesday, April 28, 2010

masa...

Alhamdulillah.. Allah masih kurniakan kita mase untuk melakukan segala aktiviti seharian.. walaupun segalanya dirasakan terlalucepat berlalu sekarng.. ni lah antara tanda kiamat yang sedang kita lalui iaitu mase bertambah pendek walaupun masih 24 jam...

Jadilah manusia yang menghargai masa kerana ianya amat bernilai dan tak ternilai bagi kita...hanya org yang sedar akan sedar...namun ramai yang tidak sedar dan lalai dengan nikmat kehidupan yang dikurniakan...

firman Allah yang selalu dibace,, " demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian.. kecuali org2 yang beriman dan mengerjakan kebajikan, serta saling nasihat menasihati dengan kebenaran dan kesabaran.." surah Al-Asr...

surah ni terkandung pelbagai pengajaran bagi yang mengambil pengajaran darinya... namun, ramai dari kalangan manusia yang leka dengan masa..dan saya amat takut diri ini tegolong dari kalangan manusia yang mempersiakan masa.. tambah pula sentiasa berada dalam keadaan selesa seperti sekarang....

betapa berharganya masa hingga Allah menurunkan surah ini kepada manusia.. disamping menyuruh manusia saling beringat dengan dunia yang sementara ni.. kadang2 manusia akan lebih menghargai masa apabila telalu banyak kerja harus disiapkan.. tapi bagi golongan manusia yang tidak ada kerja yang banyak seperti saya sekarang lebih banyak membazir mase dengan perkara-perkara yang melalaikan seperti fb, games, muzik, tv, n banyak lagi...

namun ketahuilah, umur kita dah tak panjang dan mati akan menemui kita bila-bila masa sahaja... jadikanlah hidup ni sebagai jambatan ke akhirat kelak... perbanyakkan amalan agar diri terselamat dari api neraka.. moga hidup sentiasa mendapat mardotillah.... amin...

bingkai kehidupan,, shoutul haroqah

Mengarungi samudera kehidupan
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap tetes peluh dan darah
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan Allah
'kan menjadi saksi pengorbanan

Reff :
Allahu ghaayatunaa
Ar-Rasuulu qudwatunaa
Al-Qur'aanu dusturunaa
Al-Jihadu sabiiluna
Al-Mautu fii sabilillah
Asma amaanina

Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al Qur'an pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi

Tuesday, April 27, 2010

dulu vs sekarang...


assalamualaikum,,,

hari ni saya nak bawa anda semua ke dua alam yang berbeza.. hehehe.. jgn takut ye...
sebenarnya,saya hanyalah mahu anda semua melihat realiti hari ini dan dulu,,, sebelum tu anda kene la baca ni dulu....

surat wasiat sultan mansor shah melaka kpd putera baginda sultan alauddin riayat shah..

"hai anakku, ketahuilah olehmu, bhw dunia ini sekali-kali tidak kekal adanya. yang hidup itu sedia akan mati juga sudahnya,iman yang sempurna dan pekerti yang baik, itulah yang kekal disebut org selamanya.adapun sepeninggalanku in anakku,, hendaklah engkau berbuat adil sangat-sangat, dan jangan engkau ambil hak org tidak sebenarnya,makan haqu'l-adam terlebihlah besar dosanya, tida diampuni Allahmelainkan dengan izin empunya hakjuga,......................................................."

panjang lagi sbnrnye wasiat ni,, tapi saya dah x termampu nak menulis, hehehe..tapi awk sume bleh bce dlm bukusejarah melayu m\s 171-172.... bace ye...

ha.... skrg awk sume tgk wasiat org sekarang plak ye....

'' wahai ankku, sepeninggalanu ini, bahagikan la harta ni dengan adk berdikmu.. kembgkan la syarikat ini biar terkenal, kalu perlu, rampas la harte org2 yang miskin tu...ambi la tanah2 mereka buat projek besar.... ............'

ni pun panjang lagi.. awk cri la penyambungnye sendiri ya....

sekarang, bleh la kita nilai tahap kita sebagai manusia bertamadun dan maju kan.. sebenarnya ni lah realiti sekarang.. org beharta dipuji-puji, diagung-agung.... sampai buat ape pun kene ubah duit,, or ape2 la yang sewaktu dengannya... hmmm. kalu pemimpin pula, mcm2 keranah, rasuah, arak, ambil harta rakyat,,, byk lagi la... tapi, yang penting kita renung diri kita,sejauh mane pegangan kita terhadap islam.. stakat mane kita beramal dengn islam...

saya berminat la nak kongsi satu cerita...dah lame sangat crita ni, ad la seorang senior sy kat sekolah dulu,die ad bagi tazkirah, die ckp, ad la seorg ustz tu, cakap dngn seorg paderi, beliau tanye, agama ape paling baik, paderi tu jawab,'islam'.....
ustaz tu tanye lagi, ape umat paling keji,, paderi tu jwb,, 'umat islam'

saya pun berfikirla sejenak sebelun akak tu kemukakan jawapan,, mcm mane boleh kontra mcm tu???
sebenarnya umat islam ni mulia kerana islam, tapi keji kerana diri sendiri.. islam ajar lain tapi umat die buatlain, sebab tu la umat islam dipandang hina...

tu la peringatan buat kita umat islam,, berpeganglah pada agama.. kita mgkin akan rase sesak kat dunia... tapi kat akhirat nanti,,, sume kekayaan milik kita,, sume kedamaian milik kita... berpeganglah pada Al-Quran As-Sunnah... kita xkan sesat sekalipun brade dlam hutan tebal...percayalah wahai umat.......

Monday, April 26, 2010

hari yang nyaman..

Alhamdulillah,,, hari ni kan,Allah turunkan hujan x henti2 dari pagi tg... bersyukur sangat sebab dah lame x hujan,, tapi kan setiap ape yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya... mungkin hari ni Allah turunkan hujan ada sebab yang tertentu,,,Die tahu bumi dah lame kering tanpa hujan,, suburkan tanaman petani2, basahan jalan yang dah berdebu, n banyak lagi la sebab yang tak mampu kita fikirkan..
sampai ke malam rase sejuk...tu la hebatnya Allah,tapi disebalik hujan, ada pula bende lain yang berlaku, contohnye baju x kering... selame ni malam2 mcm ni keje ana lipat baju, tapi disebabkan baju x kering lagi, boleh la menulis dan mencoret kate2.. tu la kan hikmat disebalik ujian...
ana teringat pula kat mesej sahabat ana ni.. pasal ujian la,mesej tu berbunyi mcm ni .....
life is long journey,
for quite sometimes,
we cry,
but more often than not,
we laugh,
never blame on somethings already happened,
it is a priceless minute to think on past,
and and a golden changeto fix it.
but the most priceless,
worth the esteem value it as a turning point in your life,
hikmah are hidden,,
~discover Allah's tests~

indah kan kate-kate... tapi ape2 pun kite kene hayati.. mmg hikmah kita kene cri gune mata hati, bukan mata indera... sume yang dilihat mata kasar ni hanya lah palsu semata-mata, tapi kalu mata hati turut sama melihat dan diikuti dengan pegangan Al-Quran dan As-Sunnah,,, pasti hidup tambah tenang.......

hidup sebagai pedagang...


mesej dari sahabat untuk sahabat...

ku bangga melhatmu derita dalam perjuanga,
dari melihatmu gembira dalam kelalaian,
ku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan,
dari melihatmu tertawa dalam pengkhianatan,
ku bangga andai dikau syahid,
dari hidup tanpa islam,
ita mulia kerana Islam....

mesej ringkas ini menggalirkan air mata ku,disaat kaki rase lenguh untuk berjuang,minda penat memikirkan tanggungjawab, bahu lelah memikul amanah.. disaat ini, sahabat yang tercinta hadir mengunggkap kata2 walau tak dapat didengar telinga.. namun, maksud mendalam menyelinap kedalam dada, menyusuk ke dalam hati.....

#mase ni kan, ana duk dalam kereta sahabat ana ni, dalam perjalanan pulang dari rehlah, dapata satu panggilan, yang terkandung amanah berjuang... tika nilah, hati yang penuh dosa merase lenguh,,,tapi ketahuilah, kita mulia erana Islam, bukan Islam mulia kerana kita.. hayati, fahami, renungi..

kasih sang buta....

hmm.... hari ni an start mengarang tulisan-tulisan yang tak an ketahui penghujungnya.. ana bukan pengarang yang baik, bukan juga pemuitis yang kretif, tapi ana gunakan peluang mencoret kata-kata buat sang buta yang tak tahu membaca.. ni lah ana tanam agar ana dapat terus mengarang..
buat sang buta, jangan engkau bimbang, kasih ini tidak pernah luput walau sedikit.. cinta ini tidak pernah padam, kerana engkau menjadikan ana seorang yang berani mencoret kata-kata walaupun ana tahu, mungkin tiada siapa yang membacanya..
oh ya, satu lagi ana nak pesan kat si buta, jangan mudah kalah hadapi hidup..kerana Allah sentiasa ada buat umatnya yang sering meminta.. mungkin bukan hari ini, tapi insyaAllah, pasti ada ganjaran kelak..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...