Tuesday, August 10, 2010

oh malam..


Alhamdulillah,, malam ni Allah bagi kesempatan untuk aku sama2 solat terawih kat masjid bandar baru nilai.. masjid besar kat kawasan nilai la... huh,, cukup ramai.. macam dah macam solat jumaat.. malah lebih ramai lagi... terkejut aku tadi. ni la yang berlaku sekarang,waktu awal ramadhan n hari jumaat je la masjid tu penuh.. macam malam2 sebelum ni satu saft(baris) pun x sampai.. tapi hari ni,, sampai kat tengah jalan....masyaAllah,, hebatnya Allah kumpulkan ummat Islam kan.. kalau xde musim2 macam ni tentu ummat islam x dapat berkumpul macam ni kan...

hmmm,usai solat terawih,berduyun-duyun ke gerai2 yang ada kat bawah ni... Ya Allah,, macam nak raye esk,, padahal baru nak mula puasa.. macam2 jenis la yang ada dijual,,pakaian, kasut, accessory macam kerongsang, cincin, tudung, makanan n banyak lagi la... bukan x bagus nak jual banyak.. ok sebenarnya, tapi sedarkah kita dalam kita buat persiapan untuk raye kan,, adakah kita dah persiapkan diri untuk menjalani bulan ramadhan ni?? apa amalan yang kita nak tambah masa bulan ni?? atau kita hanya nak tambah pendapatan, tambah jumlah makanan yang nak dimakan dan tambah koleksi pakaian dan peralatan2??? tepuk dada tanyalah iman,, apa objektif n matlamat kita mase bulan yang mulia nia... sama2 kita koleksi diri yang lemah ini.. syaitan dah dibenggu,tapi adakah kita berusaha membelenggu nafsu kita.. ingatlah jangan jadi orang yang berpuasa tapi hanya dapat lapar n dahaga sahaja..ayuh kita rebut segala tawaran yang ada ni sebaik mungkin...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...