Friday, December 2, 2011

WAHAI INSAN BERGELAR HAMBA...


Duhai insan bergelar hamba,
Ketahuilah hidup ini tidak selalu tenang,
Hidup ini tidak selalu senang...

Adakalanya,
Hidup ini sering bergolak,
Hidup ini sering dilambung ombak...

Duhai insan bergelar hamba,
Ketahuilah, hidup ini telah ditentukan,
Hidup ini dirancang Tuhan...

DIA maha mengetahui segalanya,
DIA arif tentang ciptaanNya...

Duhai insan bergelar hamba,
Usah dipertikai segala ketentuan,
Usah dipersoal segala takdir Tuhan,
Usah dirungut segala perancangan...

Tempuhilah kehidupan dengan redha,
Hadapilah segala fitnah manusia,
Harungilah segala fitrah dunia,
Laluilah segala dugaan dariNya...

Gagahi diri dengan keimanan,
Perkasakan diri dengan ketaqwaan,
Kuatkan diri dengan Al-Quran,
Yakinkan diri dengan janji Tuhan...

Duhai mujahid,
Yang impikan mardhatillah,
Usah gentar,
Usah gusar,
Usah sedih,
Usah menangis,
Usah kecewa,
Usah terkesima...

Berjalanlah di bumi ini,
Dengan keyakinan yang mantap.

Bergeraklah di bumi ini,
Dengan keimanan yang kuat.

Berlarilah di bumi ini,
Dengan ketaqwaan yang sebenar.

Jangan!
Jangan ditangisi apa yang terjadi.

Jangan dikesali apa yang menimpa,
Jangan dirunguti apa yang ditentukan.

Segala yang terjadi pasti ada hikmahnya,
Di sebalik kesusahan pasti ada kesenangan.

Di sebalik sedih pasti ada gembira,
Di sebalik tangisan pasti ada hilai tawa.

Duhai pejuang,
Bergembiralah dengan setiap dugaan.

Senyumlah tatkala ditimpa cubaan,
Berbahagialah dengan segala ujian,
Kerana sesungguhnya,
ALLAH dekat denganmu.

Wednesday, November 30, 2011

model sistem ekonomi islam dan kewangan negara islam berdasarkan konteks malaysia bahagian 2

kita beralih kepada model Yusofonomic. dalam model yusoufonomic, isu-isu ekonomi baginda antara lain ialah,
1)keselamatan bekalan negara atau food security
2)sistem resources preservation dan value added
3)pelan ekonomi jangka panjang
4)pelan ekonomi menghadapi perubahan cuaca
5)negara berkebajikan
6)kemakmuran serantau
7)penjimatan sumber
8)produktiviti
9)keadilan pemerintah
10)pemilihan berdasarkan kelayakan atau merit untuk penjawat penting awam
11)kehidupan rural atau urban
12)sistem kewangan yang mantap

dan lain-lain polisi yang dianjurkan dari kisah berkerajaan yusuf. sayangnya, kekangan masa tidak mengizinkan saya memperincikan setiap satu darinya.

dalam model governance nabi sulaiman, antara perkara utama ialah:

1)penguasaan teknologi canggih
2)kemahiran pelbagai bahasa
3)sistem risikan makumat
4)kepentingan knowledge base society
5)kepimpinan
6)masyarakat berdisiplin sebagai asas tamadun

juga ruang yang terbatas ini tidak membolehkan saya melebarkan perbincangan ke atas setiap satu darinya.

sekarang saya beralih kepada maqasid ekonomi islam, secara terpilih.

pertama, kesaksamaan ekonomi dan pengagihan kekayaan yang seimbang.
satu dari aspek DEB ialah menyusun semula kekayaan ekonomi mengikut kaum. malangnya, dalam penekanan memperbaiki kedudukan ekonomi orang melayu dan bumiputra, yang dipanggil affirmative policy, kita sampai kepada tahap to discriminate. 
orang cina dan india yang juga miskin dinafikan economic rights tertentu.sebenarnya dipandang dari semua sudut prinsip ekonomi islam , polisi dan amalan seperti itu adalahsalah dan terlarang.
tidak salah memberi rangsangan, pelindungan dan peluang ekonomi kepada kaum melayu dan bumiputra tetapi pada masa yang sama, golongan tertinggal dari semua kaum lain itu wajib dibantu oleh negara.
islam tidak mengenal rujukan ekonomi mengikut batas kaum seperti itu,sepanjang Al-Quran berbicara tentang fakir/hard core poor dan miskin/poor, Al-Quran tidak merujuk pada aqidah mereka, apatah lagi keturunan dan bangsa mereka.
polisi itu, dalam pengalaman malaysia sendiri, ternyata berkesan negatif. dari satu segi, kedudukan orang melayu sendiri tidak berubah seperti diharapkan. masa yang sama, luka dan kesan sosial di hati kaum lain amat parah. Hindraf dilihat sebagai satu letusan fenomena, satu contoh tindak balas dari perasaan tidak puas hati atas status ekonomi dalam konteks dua dasar yang berbeza untuk masyarakat miskin itu.
rasa tidak puas hati, geram, iri dan cemburu kaum adalah merbahaya bagi keseluruhan kehidupan ekonomi dan politik negara kita.
dalam kes penafian kemudahan bantuan pendidikan yang setara antara kaum, juga membawa kepada pembaziran sumber manusia yang mengakibatkan transformasi ekonomi yang lebih pantas terhalang.
islam membawa dasar 'kekayaan itu jangan hanya beredar dalam kelas dan kelompok tertentu masyarakat' . ia adalah dilaang seperti dalam firman Allah, 59:7

"apa saja harta rampasan yang diberikan Allah kepada RasulNya yang berasal dari penduduk maka ianya adalah untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang dalam perjalanan supaya harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu. apa yang diberikan rasul kepdamu maka terimalah dia. dan pa saja yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah dan bertakwalah kepada Allah. sesungguhnya Allah sangat keras hukumannya."

larangan ini bukan hanya dlam batas kaum. ia juga dilihat dalam konteks wilayah. tidak dibolehkan ketidaksamaan antara wilayah, samaada sebab politik atau lainnya.
pada hari ini, keseimbangan dalam pelbagai indikator sosial dan ekonomi, wujud antara pelbagai wilayah dalam negara kita. sabah sarawak atau negeri-negeri timur, banyak ketinggalan wakhal negeri-negeri ini sebenarnya amatlah kaya.ketinggalan berbanding negeri-negeri malaysia barat mahupun antara kelas dalam negeri masing-masing.
kelantan secara latar belakang sejarah dan design politik adalah contoh lain dari segi ketidaksamaan wilayah.hingga hari ini, hak royalti kelantan dihalang. pendaratan gas dan petroleum kelantan juga dialih secara sengaja ke negeri lain. terbaru, ialah pendaratan gas dari Malay Basin dalam perairan kelantan seratus peratus dialih ke terengganu yang jaraknya lebih jauh dan kosnya lebih tinggi , untuk memuaskan hati designer politik ini terus menerus.
ia mengakibatkan peluang kerja, peluang niaga , kesan berganda ekonomi , peningkatan kemudahan prasarana dan pelbagai manfaat ekonomi yang lain dari pelaburan RM 15b itu,
pendiskriminasian itu juga boleh dilihat dalam kes peruntukan dana bekalan air. ketika negeri lain seperti johor, dan dahulunya selangor(sekarang tidak lagi) diberikan kemudahan grant berbillion ringgit sejak awal, kelantan hanya diberikan kemudahan pinjaman sejumlah RM600 juta, meliputi perbelanjaan pembinaan loji rawatan, pengantian paip usang dan lain-lain baru hanya beberapa tahun ini dn itu pun dalam bentuk pinjaman berbunga berbanding grant bagi negeri yang telah sedia maju.

PENGLIBATAN KELUARGA PEMIMPIN DALAM PERNIAGAAN.

sensitifnya islam dalam konteks penglibatan ekonomi keluarga pemimpin dalam perniagaan dapat dilihat dalam larangan oleh khalifah umar erhadap anaknya,
khalifah umar dengan tegasnya melarang anknya terlibat dalam penternakan haiwan di atas padang ragut awam kerana bimbang penternak lain menyangka anak khalifahmempunyai hak istimewa ke atas padang ragut itu.
khalifah abu bakar sebelumnya , telah diminta berhenti dari urusan perniagaannya selama ini, sebaik baginda memegang jawatan khalifah.
unsur conflict of interest itu sangat dijaga.
ini kerana, pemimpin bagi islam bukan bertujuan mencari kekayaan peribadi atau keluarga melainkan melindungi dan memuka kekayaan kepada rakyat yang ditakbir oleh mereka.
 dari sini lahir ketulisan ,odit dan pengisytiharan kepentingan mahupun harta.
secara simple, ia digambarkan oleh pertanyaan on the pot oleh seorang rakyat terhadap khalifah umar di masjid tentang baju yang dipakai oleh baginda.dari mana sumbernya? atau 'pedang' iaitu keadilan akan ditegakkan oleh rakyat ke atas umar.tiada protokol parlimen, tiada sekatan. pertanyaan terbuka ala publik inquiery.
konsep ini diluaskan kepada institusi HISBAH oleh islam kemudiannya.
HISBAH meliputi odit dn tindakan negara terhadap laporan odit. odit semata hanya akan menjadi lipstik tanpa taring pemerintah.
odit ata kekayaan pemimpin boleh dibuat bertolak dari pengisytiharan harta para pemegang jawatan awam negara.ia sangat berkesan dalam mengelakkan penyelewengan dan tindakan pengaut kekayaan.
ini membolehkan kita menyimpulkan bahawa, dalam praktis islam, kedua-dua unsur keperibadian bertakwa dan soleh dan sistem yang juga soleh adalah bergandingan.
islam sangat mementingkan keperibadian kukuh, namun, keperibadian semata mungkin dilumpuhkan oleh sistem yang korup. sistem yang baik semata dengan mudahnya dapat dibendkan oleh peribadi yang tidak baik.
terbebasnya pemimpin dari amalan ekonomi dan kewangan berkepentingan akan membawa kepada kecekapan dalam ekonomi , penjimatan sumber dan transformasi yang sebenar.

ZAKAT RIKAZ DAN PENYUSUNAN MASYARAKAT.

zakat secara komprehensif adalah instrumen kewangan terpenting negara. ia adalah sebahagian dari instrumen perbendaharaan negara. baik dari duduk letaknya di bawah negara secara langsung mahupun dari segiagensi pengurusannya yang lebih konkrik, fokus dan meliputi.
sy boldkan negara kerana instrumen ini sepanjang zaman keemasan Islam, adalah berada langsung di bawah pusat pemerintahan.
satu dari aspek zakt ialah rikaz, yang sangat kurang diperhatikan.
dalam konteks negara kita, hasil petroleum sebagai kenaan zakat rikaz sangat perpotensi mencapai maqasid menangani masalah kemiskinan secara keseluruhan , termasuk kemiskinan masyarkat bukan islam serta menyatupaduan rakyat.
ini kerana penggunaan wang zakat bagi masyarakat bukan islam adalah sebahagian dari agenda asnaf yang dikenali sebagi mu'alaf.
selama ini, konsep mu'alaf hanya difahami sebagai orang baru menerima islam, sedangkan, pengertian sebenar meliputi masyarakat belum menerima islam.
perbezaan antara cukai dan rikaz ialah ia didedikasikan khusus kepada 8 kumpulan sasar ekonomi. sedang cukai, penggunaanya adalah luas dan tidak terfokus kepada 8 golongan tersebut,
dalam anggaran saya, jika petronas menyumbangkan kepada rikas, paling tidak 2.5% bayaran rikasz dan dikendalikan oleh badan khas profesional dengan mengambil kira faedah kewangan meliputi masyarakat bukan islam, isu kemiskinan di seluruh negara insyaAllah dapat diselesaikan kurang dari 5 tahun.

EKONOMI DINAR DAN DIRHAM

tidak sempurna kertas saya tanpa menyentuh ekonomi kedua matawang berasaskan komoditi bernilai intrinsik ini.
dinar dengan base emas, dan dirham dengan base perak, mempunyai fungsi wang yang lebih kukuh dan luas dari kertas.selain boleh menjadi teras simpan nilai-dan kerana itulah banyak amalan syari'ah merujuk kepada dinar dan dirham sebagai asas-ia juga berperanan sebagai alat pelaburan.
namun, fungsi paling berkesan D n D ialah alat transaksi bebas riba.
pembebasan dari amalan riba sepenuhnya tidak dapat disempurnakan oleh bank islam semata-mata tanpa fundamentals wang itu sendiri turut berubah.
kebaikan D n D hanya boleh dirasai sepenuhnya bila ia berfungsi sebagai wang yang teredar. perbincangan lanjut mengenainya boleh dikembangkan di lain kesempatan.

sekian terima kasih..

datuk paduka husam musa.




Monday, November 28, 2011

model sistem ekonomi islam dan kewangan negara islam berdasarkan konteks malaysia.

kertas kerja oleh: datuk paduka haji husam musa.

dengan masa yang singkat ini, saya menggunakan budi bicara saya sendiri untuk memilih ikut mana yang saya releven dan cocok dengan ruang masa . saya mulakan dengan negara-yang semestinya berkait dengan governance atau tataurus kerajaan.

berkerajaan atau governing meliputi : kepimpinan, dasar, sistem, undang-undang, akhlak yang komprehensif sifat dan maknanya, keselamatan, masyarakat dan lain-lain.

berbicara sistem ekonomi , sudah tentu berkait dengan semua ini. jika diibaratkan ekonomi itu ikannya, persekitaran yang lain itu adalah laut atau sungainya. kerajaan model ekonomi islam secara komprehensif tidak boleh berdiri sendiri tanpa dokongan unsur-unsur yang lain itu.

izinkan saya terlebih dahulu menarik perhatian hadirin terhadap beberapa model berkerajaan dan ekonomi yang dihidangkan oleh Al-Quran. antaranya adalah model perancangan ekonomi/longterm economic planning nabi yusuf, yang saya gelarkan sebagai yusufonomics. model zulkarnain berteraskan 'rule of law', model kecanggihan teknologi nabi sulaiman, model nabi daud, selain model nabi muhammad saw dan khulafa' arrasydin.

model zulkarnain, antara ciri governance ialah:
1) kedaulatan undang-undang
prinsip kedaulatan undang-undang dan hukum dengan adanya unsur imbalan kebaikan setimpal dan punishment/hukuman terhadap keburukan dan bukan sebaliknya. tamadun manapun jua, hanya boleh dibangunkan bila kesaksamaan hukum dan keselarian dasar jelas tertegak.
firman Allah 18:87, maksudnnya
"berkata zulkarnain:adapun org yang aniaya, maka kelak kami akan mengazabnya, kemudian dia dikembalikan kepada tuhannya, lalu Tuhan mengazabnya dengan azab yang tidak ada taranya."

firman Allah lagi, 18:88
"adapun org2 yang beriman dan beramal saleh, maka baginya pahala yang terbaik sebagai balasan , dan akan kami titahkan kepadanya(perintah) yang mudah dari perintah-perintah kami"

salah dan betul dipatuhi oleh semua, terlebih lagi penguasa. pada setiap masa dan untuk siapa jua tanpa pilih bulu. Alan Greenspan dalam memoirnya The Age of Turbulence, memperkatakan mengenai peri pentingnya 'rule of law' hatta bagi US , dalam menjamin kepercayaan pelabur dan pemain ekonomi. tanpanya, ia akan menjejaskan ekonomi di lua dari yang dijangkakan.

konsep 'rule of law' bukan semata-mata mengenai undang-undang dan mahkamah tetapi jua keselarian polisi dan dasar atau polisy coherence. bermakna, tidak ada dua atau tiga atau lebih dasar yakni berubah-ubah polisi dalam isu atau tajuk yang sama.

kita ambil contoh bayaran royalti 5% bagi negeri pengeluar petroleum. jika pada satu masa bayaran itu telah menjadi amalan , kemudian dibatalkan , diteruskan semula dan dibatalkan lagi, ia jelas tidak selari, berubah-ubah, tidak tetap, logik berlawanan dan lainya yang membawa maksud tidak coheran.

lantas, amalan 'rule of law' adalah rendah dan asas tamaddun atau negara madani sebagai lawan negara badawi , seperti sebutan al-farabi, akan menjadi rendah.

2)jaminan keamanan
wujudnya jaminan keamanan dan keselamatan adalah ciri kedua dalam sistem governance zulkarnain yang ditonjolkan oleh Al-Quran: seperti dalam firman Allah,18:94&95
"mereka berkata: hai zulkarnain, sesungguhnya ya'juj dan makjuj itu orang2 yang membuat kerosakkan di muka bumi, maka dapatkah kami memberi suatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara kami dan mereka?.. zulkarnain berkata: apa yang telah dikuasakan oleh tuhanky kepadaku terhadapnya adalah lebih baik. maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat2), agar aku membuat dinding antara kamu dan mereka."

keselamatan , termasuk dari ancaman jenayah baik apa kolar jua termasuk jenayah rasuah , penyelewengan dan salah guna kuasa akan menjejaskan perjalanan ekonomi sesebuah negara.(datuk husam memberi contoh jenayah kolar biru vs jenayah kolar putih, kolar biru-curi kabel eletrik kat kampung2, kolar putih-curi enjin pesawat, saham2 petronas dan sebagainya)

ketika islam menekankan perlunya undang-undang yang efektif supaya semua peringkat jenayah dapat dihindari, sebenarnya ia juga membicarakan keselamatan "ekonomi sesebuah" negara itu. ambil sahaja 'kecurian' sebagai aksi ekonomi menyimpang. baik harta negara mahupun harta rakyat awam , ia menimbulkan rasa kurang aman , pertambahan kos pengeluaran dan gangguan ekonomi.

undang-undang yang efektif dan teratur bertujuan melindungi jutaan pemain ekonomi terhadap satu dua kerat perosak ekonomi yang dipanggil pencuri tadi. tanpa kecurian, jutaan rakyat dapat melindungi kepentingan ekonomi mereka dengan baik dan teratur.

jika kecurian sudah menjadi satu wabak, perjalanan ekonomi juga terncat. adapun apa bentuk undang-undang yang efektif itu boleh didiskusikan sehingga difahami semua.

namun, keselamatan dari jenayah juga, bagi saya , sebuah instrument ekonomi dari satu sudut.

3) tamadun dan kemajuan
membawa tamadun kepada setiap anggota masyarakat yang masih mundur dan primitof , tergambar dalam penjelajahan pembesaran kuasa zulkarnain, seperti dalam firman Allah, 18;90
"hingga apabila dia telah sampai ke tempat terbit matahari(sebelah timur)  dia mendapati matahari menyinari segolongan ummat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindungi dari (cahaya) matahari itu"


bersamung entri akan datang>>>>>>





Thursday, November 17, 2011

manisnya taubat....


Bismillahirrahmanirrahim..

Seringkali hati bertanya, minda ligat berfikir, mengasak soalan bertalu-talu pada diri, mengapa manusia susah nak buat baik?

Mengapa segelintir manusia lebih suka memilih untuk buat jahat?

Kadang- kadang ingin saja ku temuramah mereka "terlibat dengan urusan sebegitu", ..

Kenapa jadi jahat? Tak takut Tuhan ke? Tak nak masuk syurga ke? Dah tak sayang keluarga?kenapa, mengapa, dan untuk apa...

Namun, hati ini masih sedar, mereka juga manusia, juga punya naluri, punya akal dan perasaan, juga punya nafsu, sama sepertiku..adalah tidak wajar untuk menghukum mereka seratus peratus.

Kadang-kadang soalan- soalanku dijawab secara tidak langsung oleh "mereka", terpapar di dada-dada akhbar, juga di majalah-majalah..

Jawab mereka,
"bukan kami tak nak jadi baik, kami nak..kami nak masuk syurga..tapi kami jahat..
alang-alang dah buat jahat, biar sampai masuk neraka"

"keluarga pun dah tak nak terima kami.masyarakat mula menyisihkan kami. kami hina di mata mereka.kami tak layak untuk berdiri satu barisan bersama pak imam, tak layak nak bersalaman dengan pak lebai"

"ayah dan mak dah tak nak tengok muka saya lagi. mereka malu atas perbuatan saya. kekasih saya lari meninggalkan saya dan anak yang saya kandungkan. mak tak nak mengaku saya ni anak dia. saya dah tak suci, saya dah tak ada apa-apa.."

Itu antara jawapan-jwapan daripada "mereka"..

Sebenarnya banyak lagi kisah-kisah sebegini yang dipaparkan untuk tatapan kita, untuk dijadikan teladan, bukannya ikutan..tapi, yang menghairankan aku, semakin banyak kisah sebegini didedahkan kepada masyarakat, maka masyarakat seharusnya sedar dan menjadikannya sebagai iktibar, memulakan langkah untuk mendidik anak-anak kecil yang masih bersih fitrahnya, memantapkan pendidikan bagi anak-anak yang sudah mulai dewasa, dengan pelbagai pengisian agama, agar tidak mengikut jejak langkah "mereka" itu.

Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Bermula dari kes yang kita anggap remeh-temeh sehinggalah kes yang membawa ke tali gantung, semuanya seakan dipandang ringan oleh masyarakat.

Malah mereka seakan berlumba-lumba, untuk mencari publisiti murahan, memenuhi dada-dada akhbar, gembira melihat wajahnya ditayangkan di kaca televisyen, tersenyum megah kerana dia dikenali ramai, namanya menjadi bualan di sana- sini, kerana terbait dengan kes RASUAH, BUNUH, ROGOL, dan tak kurang juga yang sibuk memenuhi lebuh raya, merempit sana sini tak tentu hala, kononnya hendak mati di JALAN YANG LURUS. 

Belum termasuk lagi kes-kes HARUAN MAKAN ANAK, pelajar SEKOLAH AGAMA buang anak, tambah lagi dengan masalah politiknya, dan bermacam- macam jenis 'penyakit' lagi, yang kini sedang menular di kalangan masyarakat kita, yang kelajuan penularannya mengalahkan penularan virus H1N1.

Aduhai manusia, aduhai bangsaku..

Mengapa kalian memilih jalan sesempit ini. maka akan dijawab mereka,

"kerana ini sudah ditakdirkan Allah"

Aduhai, mengapa kalian sanggup menghukum diri sendiri, sedang Allah telah berfirman bahawa tidak akan berubah nasib sesuatu kaum itu kecuali dengan tangan mereka sendiri.

Mengapa masih memilih untuk menjadi jahat sedang jalan untuk menjadi baik itu adalah lebih senang daripada menjadi jahat!.

Mengapa berputus asa dari rahmat Allah, sedangkan ketika 1 pintu rahmat Allah telah tertutup untuk kita, maka akan dibukakan untuk kita 99 pintu yang lain.

Subhanallah, begitu sekali sayang Allah pada kita. Begitu sekali baiknya Allah pada kita, tapi mengapa kita jadikan Allah murka atas segala perbuatan kita? dan kita berkata,

"aku dah jadi jahat, mana mungkin Allah akan menerima aku sebagai hambaNya".



Masya Allah, pernahkah kalian mendengarkan kisah tentang seseorang yang kehilangan untanya di padang pasir? seseorang yang berkenderaan di tengah-tengah padang pasir, kemudian haiwan yang ditungganginya itu lari meninggalkannya, sedangkan di atas haiwan itu terdapat bekalan makanan dan minumannnya.

Dia berputus asa untuk menemui haiwan dan bekalannya. Lalu dia duduk berteduh di bawah sebatang pohon dan berbaring, kerana dia benar-benar berputus asa untuk menemui haiwan tunggangannya itu. Kemudian dia tertidur.Sejurus dia bangun dari tidurnya, dia mencari lagi untanya itu dengan berjalan kaki namun dia tidak menjumpainya. dia berjalan lagi, namun gagal menjumpainya. Dia mencarinya untuk kali ketiga, namun usahanya itu masih gagal.

Apabila dia kembali ke tempat tidurnya sebelum itu, tatkala dia duduk termenung, tanpa diduganya, tiba-tiba unta tunggangannya yang hilang itu muncul kembali, lengkap dengan bekalan yang dibawanya. Kemudian, dia segera memegang tali tambatannya. Bayangkan kalau kita berada di tengah padang pasir yang luas dan panas yang terik, hampir berputus asa untuk mencari unta yang hilang, tetapi tiba-tiba unta itu muncul kembali di hadapan kita. Mana mungkin kita tidak gembira, gembira yang bukan kepalang..namun sahabatku, sesungguhnya, Allah s.w.t itu lebih jauh lagi gembiranya dengan taubat seorang hamba berbanding dengan musafir yang menemui untanya di padang pasir itu tadi.

Wahai sahabatku sekalian, ayuh, bersangka baiklah dengan Allah. Sebagaimana kita gembira bertemu dengan kekasih hati, malah Allah lebih gembira daripada itu.

Sebagaimana kita menyayangi kekasih hati sepenuh jiwa, namun sayangnya Allah lebih daripada itu, betapa luasnya nikmat pemberian Allah, tapi sayang hanya kita sahaja yang tidak tahu untuk menghargai pemberiannnya.

Banggalah menjadi hamba Allah, tanamkanlah rasa cinta pada Allah dalam diri kita, kerana cinta Allah pada hambaNya sangat tidak ternilai.

Demi cinta Allah pada hambaNya, Allah telah berfirman,

" dan Dialah Tuhan yang menerima taubat daripada hamba-hambaNya yang bertaubat, serta memaafkan kejahatan-kejahatan yang telah mereka lakukan dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan", surah an-nisa (4:16).

Sungguh, Allah telah membukakan pintu rahmatNya di siang hari untuk menerima taubat hamba-hambaNya di waktu siang, dan membukakan pintu rahmat pada malam hari hari, untuk menerima taubat hamba-hambaNya pada malam hari.

Tapi, melihat keadaan kita pada hari ini, yang masih lagi dengan ego dan sombong yang menebal pada diri..cita-cita tinggi dijulang, mengimpi syurga Allah, namun tanpa sedar, amalan- amalan yang kita lakukan itu semakin membuatkan kita jauh dari syurgaNya, jauh dari rahmatNya..

Amatlah rugi bagi mereka yang telah diberi peringatan, tapi masih bermegah-megah dengan diri sendri, tanpa sedar apa yang kita miliki ini semuanya adalah milik Allah. Alangkah sedihnya Allah, seakan tiada siapa lagi yang memerlukanNya, seakan tiada siapa yang mahukan taubatnya diterima, seakan tiada siapa yang mahu dosanya diampunkan, dan..seakan tiada siapa yang berlumba-lumba untuk meraih cintaNya Yang Maha Pengasih, lagi Pemurah itu..

Wednesday, November 16, 2011

Please awake, ya muslimin!!

Tiada siapa yang dapat menyangkal betapa dahsyatnya penyakit jiwa yang melanda umat sekarang. Kadang-kadang berjalan sepanjang pantai Teluk Ketapang sahaja sudah terasa nak tercabut leher dek kerana hanya tergeleng-geleng memandang betapa banyak ekornya pungguk yang sedang melepaskan kerinduan di hadapan laut ciptaan Allah, di bawah pepohon milik Pencipta. Memikirkan betapa indahnya alam Al-Khaliq ini, dalam masa yang sama betapa bahayanya tempat ini kepada pungguk-pungguk sekalian,, adalah sesuatu yang amat mengerikan. Tidak terfikirkah mereka lautan yang luas terbentang di hadapan mereka itu bakal menjadi saksi kepada kedurhakaan ini di padang mahsyar nanti? Tidak terfikirkah mereka apakah hujah dan bukti yang mereka ada untuk menafikan nanti apabila pepohon tempat mereka berteduh itu membuka segala rahsia yang selama ini mereka pendam rapi? Maaf jika ada yang terguris, bukan niat di hati ingin menyamatarafkan kedudukan anak-anak Adam dengan makhluk tidak berakal, jauh sekali untuk mendabik dada berlagak dengan ilmu yang ada. Ilmu ini milik Allah, dan diri ini bukan sesiapa melainkan seorang hamba yang dikurniakan ilham dan kekuatan untuk menekan setiap huruf di papan kekunci ini oleh Allah. Namun terkadang hati ini sangsi dan risau dengan apa yang berlaku sekarang. Bukankah alam ini bukti kekuasaan Ilahi? 

Pernah tak kita terfikir salah siapakah perkara ini terjadi? Mungkin antara jawapan skemanya ialah ‘Alah, dunia nak kiamat..macam nilah..’, ‘Dah memang ujian Allah untuk kita..’, ‘Ni semua sebab pemikiran barat dan israel dah berlambak-lambak masuk..’, dan tak kurang juga, ‘Manusia ni kan mengikut pemimpin mereka..’. Bukannya nak kata jawapan ni semua salah, malah amat benar sekali kata-kata ini. Tapi amatlah jelas juga kelihatan bagaimana kita banyak meletakkan silap ke atas bahu orang lain. Ke mana hilangnya rasa tanggungjawab sendiri dalam hal ini. Kita begitu hebat dan prihatin membincangkan soal musuh Islam melancarkan perang saraf dan minda kepada kita, tapi terlupa akan hakikat tanggungjawab diri sendiri terhadap umat yang semakin hari semakin menyedihkan. Apakah sudah selesai tugas kita? Adakah cukup apa yang kita sumbangkan selama ini? Ataukah kita terlalu sibuk memikirkan masalah sendiri sampai lupa pada dunia luar? Jangan biarkan Islam menangis lagi..

Tidak berniat untuk ber‘isu’ lebih panjang, saya pasti ramai yang membaca ini sudah bosan. Lagipula sekarang ini sudah banyak orang yang mengulas tajuk serupa. Jadi, saya tinggalkan kalian dengan sebuah lagu yang di samping sedap didengar, juga terkandung makna yang mendalam. 


Awaken- Maher Zain

We were given so many prizes
We changed the desert into oasis
We built buildings of different lengths and sizes
And we felt so very satisfied
We bought and bought
We couldn't stop buying
We gave charity to the poor 'cause
We couldn't stand their crying
We thought we paid our dues
But in fact
To ourselves we're just lying
Oh...I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves
We were told what to buy and we'd bought
We went to London, Paris and
We made show we were seen in the most exclusive shops
Yes we felt so very satisfied
We felt our money gave us infinite power
We forgot to teach our children about history and honor
We didn't have any time to lose
When we were.. (were)
So busy feeling so satisfied

I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We became the visuals without a soul
despite the heat
Our homes felt so empty and cold
To fill the emptiness
We bought and bought
Maybe all the fancy cars
And bling will make us feel satisfied
My dear brother and sister
It's time to change inside
Open your eyes
Don't throw away what's right aside
Before the day comes
When there's nowhere to run and hide
Now ask yourself 'cause Allah's watching you
Is He satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?

Oh..I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves


p/s:credit to izzati fatimah abd wahab

Tuesday, November 15, 2011

mewah dunia, kaya akhirat..

ada yang mewah dengan harta tapi membantu manusia dan berkejaran melakukan amal utk bekalan ke akhirat.tmerekatidak mengharap apa-apa dari manusia sekeliling mereka."hidup mereka selalu merasa cukup dengan apa yang diberikan dan selalu bersyukur dengan apa yang dimiliki"

ada yang mewah dengan harta, juga membantu manusia.. tapi membantu untuk mendapat pujian dan kedudukan disisi manusia.. sering kali berusaha buat manusia di sekeliling memandang kekayaan dan harta benda yang dimiliki agar disegani dan dikagumi.."mereka hidup dengan sentiasa rasa tidak cukup dengan apa yang mereka ada dan merasa ad lagi yang melebihi mereka.. berlumba-lumba mencari harta dunia, kadang-kadang hingga terambil hak org lain"

~belajar dari situasi2 yang pernah aku alami, buat pengajaran pada diri dan semua~

*pilih jalan terbaik utk diri masing2.. x salah utk memiliki harta kerana>> "Bekerjalah untuk duniamu seakan-akan engkau akan hidup selamanya, beramallah untuk akhiratmu seakan-akan engkau akan mati esok, dan jika engkau menginginkan kemuliaan tanpa dukungan kerabat dan kewibawaan tanpa kerajaan, maka keluarlah dari lingkaran maksiat menuju ke puncak ketaatan kepada Allah azza wa jalla"~Imam Hasan Al-Mujtaba a.s.~

Allah pun ada berfirman agar kita menjadi pengelola seluruh sumber yang ada di muka bumi..Ertinya: "Dialah yang menjadikan kamu dari bahan -bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya." (Hud : 61)

sahabat nabi pun golongan yang beharta.. tapi mereka zuhud dengan harta2 mereka.prinsip zuhud yang benar ialah kita menguasai dunia tetapi dunia tidak menguasai kita. Dunia hanya ada di tangan, tetapi tidak di dalam hati. Maka tidak hairan kalau ramai sahabat Rasulullah s.a.w. yang menjadi orang kaya, misalnya Abu Bakar r.a., 'Uthman r.a. dan 'Abdul Rahman bin 'Auf r.a. Padahal mereka tergolong sepuluh sahabat yang dijamin masuk syurga. Mereka kaya, tetapi mereka tidak dikuasai oleh harta benda dan hiasan dunia lainnya.

Tuesday, November 8, 2011

aidul adha



ni cerita raya korban kami.. kalu tiba-tiba keluar lagu raya aidilfitri buat-buat tak dengar je la ye..

raya korban yang menyatukan kami sekeluarga besar walaupun keletihan dan kepenatan menguruskan seekor lembu.. inilah sebenarnya nikmat yang tak dapat kami cari dilain masa..

Friday, August 26, 2011

kekasih yang bakal pergi

alhamdulillah, selepas 3 bulan di rantauan, akhirnya berjaya kembali bersama keluarga tercinta pada waktu cuti yang penuh berkat ini. moga Allah limpahkan rahmat semperna kepulangan ini. dan harapan moga cuti yang seminggu ini menjadi aspirasi baru penguat bagi menerusakan sisa perjuangan yang masih berbaki sebulan di bumi nilai. jauh dilubuk hati yang sepi, sedih mengingatkan perkara ini. namun, masa yang berlalu takkan dapat diputar semula. imam syafia pernah berkata, " aku pelik melihat waktu berlalu begitu pantas, namun, aku lebih pelik melihat manusia mengabaikan waktu".

bercakap mengenai masa, bulan ramadhan pun hampir melabuhkan tirainya.. hanya berbaki beberapa hari lagi. namun, sedarkah kita wahai ummat islam yang kita bakal kehilangan bulan yang sangat mulia, yang penuh dengan barakah, yang penuh dengan kesyahduan. adakah kita iringi pemergian bulan ramadhan ini dengan amal soleh atau dengan perasaan yang sgt gembira kerana kehadiran syawal..jom kita tanya diri kita. moga ramadhan yang masih berbaki dapat kita manfaatkan sebaiknya buat bekalan kita menuju ke akhirat. andai ini ramadhan terakhir kita.

huhhh, bercakap pula soal kematian. ajal kita itu pasti.. firman Allah:" setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati". mungkin ajal ku hari ini, selepas jari2 menari dipapan kekunci, mungkin ajal ku esok, dan bila2 masa pun menjadi mungkin kerana ini kerja Allah, tak mampu kita awalkan sesaat mahupun lewatkan sesaat.. namun percayalah, dengan mengingati mati, jiwa akn lebih menjiwai erti takwa. apa itu takwa? seorang sahabat nabi mengibaratkan takwa itu seperti berjalan di suatu tempat yang amat gelap tanpa apa2 puna cahaya.. pasti kita akan berjalan dengan begitu berhati-hati kan? begitulah jika takwa hadir dalam hidup kita, kita akan berhati-hati dalam melakukan amalan2 didunia, kerana kita tahu, amalan di dunia inilah yang akan kita bawa menghadap Allah di akhirat kelak.. moga kita semua tergolong dalam golongan orang2 yang bertakwa.

ramadhan dah hampir berakhir, mati itu pasti, dan perjuangan kita belum selesai.... teruskan berjuang. moga perjuangan yang sebenar boleh membawa kita lebih dekat dengan syurga, bukan menghampiri neraka. berjuanglah atas dasar faham dan ikhlas kerana Allah. moga perjuangan kita diiringi redha Illahi.. semoga terus thabat dalam perjuangan ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...