Monday, November 28, 2011

model sistem ekonomi islam dan kewangan negara islam berdasarkan konteks malaysia.

kertas kerja oleh: datuk paduka haji husam musa.

dengan masa yang singkat ini, saya menggunakan budi bicara saya sendiri untuk memilih ikut mana yang saya releven dan cocok dengan ruang masa . saya mulakan dengan negara-yang semestinya berkait dengan governance atau tataurus kerajaan.

berkerajaan atau governing meliputi : kepimpinan, dasar, sistem, undang-undang, akhlak yang komprehensif sifat dan maknanya, keselamatan, masyarakat dan lain-lain.

berbicara sistem ekonomi , sudah tentu berkait dengan semua ini. jika diibaratkan ekonomi itu ikannya, persekitaran yang lain itu adalah laut atau sungainya. kerajaan model ekonomi islam secara komprehensif tidak boleh berdiri sendiri tanpa dokongan unsur-unsur yang lain itu.

izinkan saya terlebih dahulu menarik perhatian hadirin terhadap beberapa model berkerajaan dan ekonomi yang dihidangkan oleh Al-Quran. antaranya adalah model perancangan ekonomi/longterm economic planning nabi yusuf, yang saya gelarkan sebagai yusufonomics. model zulkarnain berteraskan 'rule of law', model kecanggihan teknologi nabi sulaiman, model nabi daud, selain model nabi muhammad saw dan khulafa' arrasydin.

model zulkarnain, antara ciri governance ialah:
1) kedaulatan undang-undang
prinsip kedaulatan undang-undang dan hukum dengan adanya unsur imbalan kebaikan setimpal dan punishment/hukuman terhadap keburukan dan bukan sebaliknya. tamadun manapun jua, hanya boleh dibangunkan bila kesaksamaan hukum dan keselarian dasar jelas tertegak.
firman Allah 18:87, maksudnnya
"berkata zulkarnain:adapun org yang aniaya, maka kelak kami akan mengazabnya, kemudian dia dikembalikan kepada tuhannya, lalu Tuhan mengazabnya dengan azab yang tidak ada taranya."

firman Allah lagi, 18:88
"adapun org2 yang beriman dan beramal saleh, maka baginya pahala yang terbaik sebagai balasan , dan akan kami titahkan kepadanya(perintah) yang mudah dari perintah-perintah kami"

salah dan betul dipatuhi oleh semua, terlebih lagi penguasa. pada setiap masa dan untuk siapa jua tanpa pilih bulu. Alan Greenspan dalam memoirnya The Age of Turbulence, memperkatakan mengenai peri pentingnya 'rule of law' hatta bagi US , dalam menjamin kepercayaan pelabur dan pemain ekonomi. tanpanya, ia akan menjejaskan ekonomi di lua dari yang dijangkakan.

konsep 'rule of law' bukan semata-mata mengenai undang-undang dan mahkamah tetapi jua keselarian polisi dan dasar atau polisy coherence. bermakna, tidak ada dua atau tiga atau lebih dasar yakni berubah-ubah polisi dalam isu atau tajuk yang sama.

kita ambil contoh bayaran royalti 5% bagi negeri pengeluar petroleum. jika pada satu masa bayaran itu telah menjadi amalan , kemudian dibatalkan , diteruskan semula dan dibatalkan lagi, ia jelas tidak selari, berubah-ubah, tidak tetap, logik berlawanan dan lainya yang membawa maksud tidak coheran.

lantas, amalan 'rule of law' adalah rendah dan asas tamaddun atau negara madani sebagai lawan negara badawi , seperti sebutan al-farabi, akan menjadi rendah.

2)jaminan keamanan
wujudnya jaminan keamanan dan keselamatan adalah ciri kedua dalam sistem governance zulkarnain yang ditonjolkan oleh Al-Quran: seperti dalam firman Allah,18:94&95
"mereka berkata: hai zulkarnain, sesungguhnya ya'juj dan makjuj itu orang2 yang membuat kerosakkan di muka bumi, maka dapatkah kami memberi suatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara kami dan mereka?.. zulkarnain berkata: apa yang telah dikuasakan oleh tuhanky kepadaku terhadapnya adalah lebih baik. maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat2), agar aku membuat dinding antara kamu dan mereka."

keselamatan , termasuk dari ancaman jenayah baik apa kolar jua termasuk jenayah rasuah , penyelewengan dan salah guna kuasa akan menjejaskan perjalanan ekonomi sesebuah negara.(datuk husam memberi contoh jenayah kolar biru vs jenayah kolar putih, kolar biru-curi kabel eletrik kat kampung2, kolar putih-curi enjin pesawat, saham2 petronas dan sebagainya)

ketika islam menekankan perlunya undang-undang yang efektif supaya semua peringkat jenayah dapat dihindari, sebenarnya ia juga membicarakan keselamatan "ekonomi sesebuah" negara itu. ambil sahaja 'kecurian' sebagai aksi ekonomi menyimpang. baik harta negara mahupun harta rakyat awam , ia menimbulkan rasa kurang aman , pertambahan kos pengeluaran dan gangguan ekonomi.

undang-undang yang efektif dan teratur bertujuan melindungi jutaan pemain ekonomi terhadap satu dua kerat perosak ekonomi yang dipanggil pencuri tadi. tanpa kecurian, jutaan rakyat dapat melindungi kepentingan ekonomi mereka dengan baik dan teratur.

jika kecurian sudah menjadi satu wabak, perjalanan ekonomi juga terncat. adapun apa bentuk undang-undang yang efektif itu boleh didiskusikan sehingga difahami semua.

namun, keselamatan dari jenayah juga, bagi saya , sebuah instrument ekonomi dari satu sudut.

3) tamadun dan kemajuan
membawa tamadun kepada setiap anggota masyarakat yang masih mundur dan primitof , tergambar dalam penjelajahan pembesaran kuasa zulkarnain, seperti dalam firman Allah, 18;90
"hingga apabila dia telah sampai ke tempat terbit matahari(sebelah timur)  dia mendapati matahari menyinari segolongan ummat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindungi dari (cahaya) matahari itu"


bersamung entri akan datang>>>>>>





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...