Saturday, June 18, 2011

kuasa hidayah

jari teragak2 utk menulis.. seakan kaku diatas papan kekunci.. namun digagahi agar dapat meluahkan perasaan dihati. helaian terakhir hero karangan hilal asyraf berjaya ditamatkan. buku yang kadang2 memberi aku nafas dan pandangan baru.. bukan niat untuk menjadi pengolah buku, tapi hanya berniat untuk berkongsi apa yang diperoleh daripada bacaan aku itu.

seusai membaca, aku menarik nafas dalam dan berasa amat bersyukur. nak tahu kenapa? aku terasa amat bertuah kerana berada disamping orang2 yang ditarbiah dengan tarbiah islam, dan aku adalah antara org2 yang ditarbiah.. namun rasa bersyukur ini tetap diiringi dengan rasa sedih dan pilu dalam hati.. kerana masih ramai umat islam yang masih leka.. namun aku percaya pada satu kuasa iaitu kuasa hidayah.. yang mampu mengubah perompak menjadi imam, mengubah panagih dadah kepada seorang ustaz, mengubah yang jahad menjadi baik.. begitu hebat kuasa hidayah.. dan lagi hebat kuasa ini andai diiringi dengan tarbiah yg berterusan..

rasa sedih dan pilu tidak menjadi pengakhiran perasaan selepas membaca buku ini.. jiwa diselubungi rasa takut.. kerana hidayah itu milik Allah... mungkin hari ini kita org yang ditarbiah, nauzubillah, esk kite tidak tahu adakah kite masih dalam golongan itu.. oleh sbb itu penggantungan dengan Allah perlu sentiasa ada.. dan dalam islam sahaja kita akan temui ketenangan walau jiwa dalam kegusaran..

moga Allah beri petunjuk pada diri ini, keluarga, shbt2, dan seluruh ummat islam... agar islam kembali tertegak,,, namun sebagai khalifah, utk lihat islam tertegak, kita harus berusaha menegakkannya.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...