Tuesday, August 10, 2010

oh tetamuku....


waaa... ramadhan dah makin dekat... tinggal beberapa jam sahaja lagi... malm ni dah start tarawih.. esk kita dah mula puasa,, exitednya rasa.. tapi sejujurnya kita kena ingt, exited kita tu sebab nak sambut ramadhan dengan buat amalan atau dah tak sabar2 nak sambut aidil fitri.. adakah aidil fitri yang kita akan sambut nanti ti adalah kemenangan kita melawan nafsu diri di bulan ramadhan ni...

ingat la sahabat2 ku.. adakah kita yakin kita akan sempat menghabiskan ramadhan kali ini?? atau adakah kita yakin kita akan berjumpa lagi dengan ramadhan yang akan datang??
semuanya bukan dibawah pengetahuan kita.. "sesunggahnya Allah mengetahui sedang kita tidak ketahui"..hanya ni lah peluang yang Allah kurniakan untuk kita rebut..

semalam, sebelum kami student cfs iium nilai menutupkan mata,mati kecil,(huhu, tido la) ada satu pengumuman yang buat semua cerah mata BALIK..."TAWARAN HEBAT,ANDA INGIN DAPATKAN HADIAH MENARIK?? HANYA UNTUK SEBULAN,CEPATLAH SAMA2 KE GERAI RAMADHAN YANG SEDANG TERHANGAT,, TAWARAN MENARIK DARI ALLAH,, ANTARANYA HADIAH2NYA MALAM LAILATUL QADAR, SIHAT TUBUH BADAN,CERGAS MENTAL DAN FIZIKAL,, UNTUK RUJUKAN, BOLEH HUBUNGI AL-QURAN, AS-SUNNAH, IJMAK ULAMA'.. CEPAT2 SELAGI TAWARAN MASIH ADA."

sahabatku yang baru je membaringkan badan di atas katil empuk untuk melelapkan mata bingkas bangun kerana ingatkan ada jualan muarah dan hadiah percuma.. huhuhu,, tapikan itulah manusia. bila dicakap tentang ganjaran dan hadiah menarik,, cepat je,, tapi kita tak sedar yang Allah selama ni dah banyak sediakn kita macam2 hadiah percuma.. jadi,sama2 lah merebut peluang di bulan ramadhan ni yang mane segala perbuatan baik kita akn diganda oleh Allah..tapi ingat puasa kita dan amalan kita tu kenalah ikhlas.. mungkin susah tapi perlukan latihan..

Rasulullah saw. bersabda : Barangsiapa puasa Ramadhan karena beriman dan ikhlas, maka diampuni dosanya yang telah lalu dan yang sekarang ( HR.Bukhary dan Muslim).

"Allah Ta'ala berfirman : " Dan tidaklah mereka disuruh, kecuali untuk beribadah kepada Allah dengan mengikhlashkan ketaatan untukNya " ( Al-Bayyinah :5)

hmm,, banyaknya hadis dan ayat quran yang mengingatkan kita betapa pentingnya ikhlas.. walaupun ikhlas tu umpama semut hitam diatas batu hitam di malam yang gelap, namun sebagai hampa kepada Allah,, kita harus sentiasa melatih diri ini..

waallahua'alam....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...