Monday, September 27, 2010

berangkat tak terangkat.....


huhuhu, tajuk yang agak lawak, ye ke?
xde la, serius tajuk ni sebenarnya,,,ye,, mmg serius, macam mane orang yang sering diangkat oleh orang lain, tahu2 je dia dah ada kat tempat tinggi sebab kene angkat,, hehehe, ni bukan soal angkat badan, tapi angkat diri,,

eh, pening betul, kejap bukan angkat badan, ni angkat diri pula, bukan sama ke tu??

he2,, lain la sayang.. angkat diri ni, memuja, memuji, mengangkat name orang tu , sampai disebut-sebut oleh orang lain.. ni kes serius tw.. kalu terus terangkat dan diangkat sampai boleh buat seseorang tu dah tak pandang bawah.. ni la gejala yang termelular dalam diri manusia(al-insan_lupa) yang sering lupa diri..

gejala ni boleh la diberi nama, ujub, tajabbur, sum'ah, dah macam2 lagi yang sama erti dengannye.. teringat saya tentang satu isu dalam solusi(majalah agama famous terbitan telaga biru) isu ke-21, melebur takabbur.. sebenarnya sifat ni tanpa disedari menyelinap masuk dalam diri manusia ni.. sifat ni boleh hadir bila-bila masa saja.. tapi yang amat bahaya gejala ni membuatkan amalan baik kita tak langsung diangkat oleh Allah nanti.. sia-sia sahaja lah amalan kita dengan hadirnnya sifat ni dalam diri..nauzubillah.. moga kita dilindungi..

walau bagaimanapun, perlulah kita ingat, iblis telah berjanji untuk menyesatkan anak cucu adam selagi boleh.. tak kira tok guru, mufti, ustaz, lagi-lagi kita, cuma manusia yang hina..sesungguhnya, sifat takabbur tu hanya milik Allah, bukan makluk seperti kita yang tak punya ape2,, semua yang kita ada sekarang hanyalah pinjaman semata-mata..

Allah berfirman"sesungguhnya DIA tidak suka kepada orang yang sombong takabbur"

(an-nahl:23)

dalam Al-Quran sendiri Allah banyak menyatakan umat2 terdahulu yang dibinasakan akibat sifat takabbur mereka.. maka sebagai ummat akhir zaman, seharusnya kita mengambil pengajaran, lihat, bagaimana Allah binasakan firaun, akibat dari sifat bongkak dan sombong, merasa dirinya tuhan, pada akhirnya mati kerana seekor nyamuk.. bagaimana pula Allah binasakan kaum ad' dan thamud, kerana takabbur dengan apa yang dimilikinya dan tak mahu patuh pada Allah..dan bagaimana Allah tenggelamkan qarun dan hartanya, kerana sikap lupa diri...

banyak sekali kisah yang boleh dijadikan teladan, kutiplah ilmu yang boleh menghalang diri dari sifat tersebut..banyakkan amal ibadah, dan ingatlah segala kelebihan yang dimili hanyalah pinjaman semata-mata, dan bakal dipulangkan bila=bila masa apabila Allah memintanya kembali..dan sedarlah kita hanya manusia yang berasal dari tanah, dan air mani yang amat jijik, terjadinya kita... bukan dari emas dan berlian. moga kita akan diberi petunjuk oleh Allah, dan dilindungi dari sifat takabbur, riak, sombong, ujub, sum'ah, dan segala sifat mazmumah...

2 comments:

Ainnafz said...

benar2..tapikan... org yang mengangkat org lain tu.. ape yang dapat ek??

permata kasih said...

hmm,, mcm mane ye? yang pasti memuji dan memuja hingga mendatangkan riak di hati orang yang dipuji bakal menjadikan orang yang memuji pun turut sama mendapat saham.. terutama yang telah dipesan supaya jgn memuji.. kdg2, org yang memuji lebih2 ni bakal menjadi punca pada yang dipuji, akhirnya, sikap org yang dipuji bakal berubah menjadi seorng yang gilakan pujian dan sikap takabbur ni merebak dalam diri.. waallahuaqlam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...