Thursday, October 7, 2010

bayi pertama selamat dilahirkan di sekolah harapan...



wooo,, terpinga saya selepas terbace tajuk surat khabar sinar harian hari ini, 7hb 10 2010... menurut laporan dari surat khabar berkenaan bahawa sekolah mengandung ini telah berjaya mencapai matlamat dan visi penubuhan.. so, matlamat dan visi kerajaan menubuhkan sekolah harapan ni adalah semata-mata ingin menyelamatkan bayi.. memang matlamat ni murni, namun adakah sejajar dengan apa yang disarankan dalam Islam.. jika dibace lagi isi laporan menyatakan semakin ramai yang berminat dan mula mendaftarkan diri..

Ya Allah, ini kes berat.. maka akan ramai lagilah remaja-remaja yang melakukan perbuatan keji iaitu zina.. bkn sekadar zina, malah nanti yang belum mencuba utk lakukan akan try utk melakukan perbuatan keji ini dengan alasan nasib mereka akan terbela...masalah ini serius dan perlu ditimbal balik.. jika tidak dibendung nanti,, maka sekolah2 harian dan sekolah2 agama or, sekolah2 swasta, and sekolah2 asrama penuh dan macam2 jenis sekolah lagi yang terdapat kat malaysia ni bakal ditutup kerana kekuranagn pelajar..
oh no!!!!!! ni perkara bahaya.. mana pelajar2 ni? kat mane? sekolah harapan....

menurut laporan dalam akhbar itu tadi juga, ibu kepada bayi pertama sekolah harapan tersebut adalah pelajar berusia 17 tahun yang bakal menduduki spm tidak lama lagi...inilah gejala yang telah terjadi di negara kita yang dicanang sebagai negara islam,, namun, perkara sebegini semakin berleluasa.. manusia bakal menganggap zina bukan lagi dosa yang patut menerima hukuman, tapi bahan keseronokan dunia yang patut dinikmati... tanpa menyedari pembalasan Allah yang amat pedih...

"la taqrabu zina"= " jgnlah kamu menghampiri zina"

namun peringatan Allah ini dipandang enteng oleh ummat hari ini.. Allah telah tetapkan penzina perempuan dan penzina lelaki yang belum berkahwin, dihukum sebatan sebanyak 100 kali, manakala penzina perempuan dan lelaki yang telah berkahwin dihukum rejam samapai mati...... hukuman hudud yang Allah tetapkan dalam Al-Quran cukup sempurna.. namun, adakan cara ini yang diguna pakai?? adakan anda yakin ada lagi yang akan berani melakukan perbuatan keji ini andai hukuman tuhan kita laksanakan.. adakah Allah menyebut dalam Al-Quran ataupun hadis berkenaan sekolah harapan? namun manusia akan mereka apa sahaja yang akan menolok hukum tuhan...

jgn nanti kita biarkan negara kita dipenuhi anak luar nikah, dan maksiat berleluasa hingga didepan muka pintu rumah kita... namun, anak yang tidak berdosa harus diselamtkan tapi bkn dengan cara sebegini.. andai zina dan maksiat tidak berlaku, mustahil ada yang akan menganiaya bayi yang tidak berdosa... cegah zina dan maksiat, pembuangan bayi tadak akan berlaku lagi...

tegakkan islam dimuka bumi..... maka makmurlah bumi dengan rahmatNya.... insyaAllah... aminnn...... islam pasti menang...

1 comment:

'afifi said...

harapan palsu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...