Wednesday, April 28, 2010

masa...

Alhamdulillah.. Allah masih kurniakan kita mase untuk melakukan segala aktiviti seharian.. walaupun segalanya dirasakan terlalucepat berlalu sekarng.. ni lah antara tanda kiamat yang sedang kita lalui iaitu mase bertambah pendek walaupun masih 24 jam...

Jadilah manusia yang menghargai masa kerana ianya amat bernilai dan tak ternilai bagi kita...hanya org yang sedar akan sedar...namun ramai yang tidak sedar dan lalai dengan nikmat kehidupan yang dikurniakan...

firman Allah yang selalu dibace,, " demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian.. kecuali org2 yang beriman dan mengerjakan kebajikan, serta saling nasihat menasihati dengan kebenaran dan kesabaran.." surah Al-Asr...

surah ni terkandung pelbagai pengajaran bagi yang mengambil pengajaran darinya... namun, ramai dari kalangan manusia yang leka dengan masa..dan saya amat takut diri ini tegolong dari kalangan manusia yang mempersiakan masa.. tambah pula sentiasa berada dalam keadaan selesa seperti sekarang....

betapa berharganya masa hingga Allah menurunkan surah ini kepada manusia.. disamping menyuruh manusia saling beringat dengan dunia yang sementara ni.. kadang2 manusia akan lebih menghargai masa apabila telalu banyak kerja harus disiapkan.. tapi bagi golongan manusia yang tidak ada kerja yang banyak seperti saya sekarang lebih banyak membazir mase dengan perkara-perkara yang melalaikan seperti fb, games, muzik, tv, n banyak lagi...

namun ketahuilah, umur kita dah tak panjang dan mati akan menemui kita bila-bila masa sahaja... jadikanlah hidup ni sebagai jambatan ke akhirat kelak... perbanyakkan amalan agar diri terselamat dari api neraka.. moga hidup sentiasa mendapat mardotillah.... amin...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...