Wednesday, March 9, 2011

PERSIAPAN PARA DAIE


juz sedikit perkongsian yang dipetik dari manhaj daurah tarbiyah....
utk diri dan yang len... insyaAllah..

persiapan ilmu:
senjata pertama yang perlu dimiliki oleh seorang daie ialah ilmu.secara keseluruhannya para daie perlu mengetahui dan memahami persoalan aqidah , akhlak, hukum2 fiqh, serta persoalan dakwah dan jihad. sekurang2nya para daie perlu mengetahui ajaran islam dan sistem hidup islam. selain itu kemahiran pendekatan dakwah perlu ada pada seorang daie.demi keberkesanan dakwah, pada daie perlu mengetahui selok belok dakwah seperti uslub dakwah, sasaran dakwah, kandungan dakwah, strategi dakwah, perancangan dan pengurusan dakwah. sebagai pelengkap, seorang daie perlulah menguasai cabang2 ilmu yang lain seperti bahasa arab, ilmu usuluddin ,usul fiqh, ilmu maqasid syariah, fiqh awlawiyat, al-siasah al-syariyah serta sejarah2 pemerintahan dan pembinaan islam.

persiapan mentaliti:

disamping persiapan ilmu, seorang daie perlu ad sifat fatonah(kebijaksanaan)iaitu mempunyai daya fikir yang tinggi dalam mengembangkan dakwah, membahagikan tugasan, menyelesaikan masalah, mengambil peluang untk dakwah dan segala aspek utk kepentingan dakwah islam yang diperjuangkan. selain persiapan ilmu yang memadai, seorang daie itu perlu kaya dengan pengalaman bagi memupuk kepimpinan sekali gus membina mentaliti diri yang utuh.

persiapan jasmani:
setiap daie berkewajiban menjaga kesihatan diri dengan mengambil makanan dan minuman yang seimbang dan berkhasiat. lantaran itu seorang daie perlu mengelak dripada melakukan perkara yang mendatangkan mudarat.selain itu juga, para daie perlu mempertingkatkan kekuatan dan ketangkasan anggota jasmani melalui latihan2 fizikal seperti berenang, menembak, mendaki dan sebagainya.

persiapan rohani, akhlak dan daya kepimpinan.

diantara persiapan rohani yangperlu dilakukan oleh para daie ialah menjauhkan diri dari perbuatan dosa dan maksiat, mempertingkatkan kesucian jiwa dengan sifat wara' dan amalan ketaatan, sabar dengan ujian dakwah dan merindui keampunan dan keredhaan Allah.manakala akhlak pula perlu dipersiapkan dengan membersihkan diri dari sifat marah, dengki, sombang, keras hati. membiasakan diri dengan akhlak2 yang mulia dengan mentauladani sifat rasulullah.dari sudut daya kepimpinan, setipa daie perlu mengunakan peluang. selain itu ambil pengajaran daripada pengalaman dan daya kepimpinan orang lain.


semoga menjadi daie yang lebih mantop!!!! same2 kite berusaha..

2 comments:

Aimi Zainudin said...

terima kasih atas peringatan...
teruskan perjuangan...

permata kasih said...

same2 aimi...
same2 kite terus berjuang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...