Saturday, March 12, 2011

permata di bumi palestin


syeikh ahmad yasin, nama yang sentiasa meniti di bibir seluruh dunia amnya dan di bumi palestin khasnya.nama yang harum disiram haruman syurga yang dijanjikan Allah buat yang syahid pada jalannya.

nama besar yang amat digeruni pihak yahudi yang sentiasa berusaha meruntuhkan ketinggian Islam.insan yang tidak sempurna fizikal ini namun cukup mantap dari sudut jiwa ini amt digeruni dan ditakuti yahudi laknatullah kerana berjaya mengobarkan semangat jihad di kalangan jundi2 islam.

membesar sebagai seorang pelajar cemerlang disekolah menjadikan dirinya amat disayangi oleh gurunya. kelumpuhan beliau sejak kecil langsung tidak menghalang beliau untuk terus cemerlang dalam pelajaran dan aktif dalam aktiviti-aktiviti islam.

pada tahun 1964, beliau melanjutkan pelajaran ke universiti ain shams di kaherah. walaubagaimanapun, belaiu tidak dapat menghabiskan pelajarannya di universiti disebabkan belaiu dipenjarakan selama sebulan oleh pihak berkuasa mesir kerana melibatkan diri dengan pertubuhan ikhwan muslimin pada 1966.beliau dibawa pulang ke palestin tanpa menamatkan pengajian beliau.

walaubagaimanapun, ujian getir itu tidak sedikitpun mematahkan semangat beliau untuk terus bergerak aktif dalam bidang dakwah. kepulangan beliau ke gaza menjadikan beliau lebih bergerak aktif memperjuangkan islam sebagai guru arab dan memberi khutbah di mimbar masjid gaza.dalam jangka masa yang singkat. beliau menjadi terkenal dek kerana khutbah2 baginda yang amat bertenaga membangkitkan semangat terutama selepas rejim zionis menduduki tanah gaza pada tahun 1967.selain guru dan khatib, beliau juga menabur jasa sebagai petugas kebajikan dan pendakwah bebas.

hasil daripada usaha ini, beliau telah menubuhkan gerakan ikhwan muslimin di gaza. nama gerakan ini lebih harum di palestin dalam dekat 1940an apabila menyandang senjata menentang tentera yahudi dan british.hasil daripada penggabungan dengan gerakan ini, syeikh ahmad yassin telah berjaya menubuhkan persatuan kebajikan yang menjaga kebajikan rakyat palestin yang diberi nama mujamma al-islam.hasil gerak kerja persatuan ini meletakkan beliau dekat dihati rakyat palestin.

hati yang tidak luntur dek segala ancaman menjadikan syeikh ahmad yassin terus berusaha menegakkan islam di bumi. walaupun dlm keadaan yang lumpuh sekalipun tidak pernah menghalang beliau untuk meniupkan semangat mujahidin dalam usaha mendidik pejuang2 palestin.pada 1983, beliau telah dijutuhkan hukuman penjara selama 13 tahun atas tuduhan memiliki senjata api dan cuba menggugat kerajaan zionis israel.namun pada 1985, hasil pertukaran tawanan, beliau telah dibebaskan setelah menjalani hukuman penjara selama 11 tahun.

sambungan kisah ini pada entri akan datang...insyaAllah...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...