Thursday, March 17, 2011

ucapan sulung selepas begelar khalifah.

selepas memuji Allah dengan selayak pujian, Abu Bakar menegaskan ,

" wahai orang yang hadir, sy dilantik menjadi pemmpin kamu , padahal sy bukannya orang yang terbaik di kalangan kamu. sekiranya saya berlaku baik, tolonglah saya, sekiramya saya berlaku buruk, perbetulkan saya. benar itu amanah, dan bohong itu khianat. orang yang lemah di kalangan kamu menjadi kuat disisiku sehngga aku mengembalikan haknya. orang yang kuat pula menjadi lemah di sisiku sehingga aku bertindak keatanya dengan yang benar(adil). InsyaAllah. tiada seorang meninggalkan kewajipan berjihad menegakkan islam , maka sesunguhnya tiada kaum yang meninggalkan kewajipan jihad itu melainkan Allah menghukum mereka menjadi hina. taatilah aku selagi aku mentaati Allah dan Rasul, maka apabila aku menderhakai Allah dan Rasul, maka kamu tidak wajib mentaatiku."

sama2 kita hayati dan renungi ucapan khalifah Abu Bakar ini, bukan sahaja menunjukkan ketokohan dan kematangan beliau, bahkan sikap rendah diri yang ada pada beliau. beliau mengajak pemimpin agar tidak takabbur dengan menganggap diri nya melebihi orang lain. sikap takabbur adalah sikap buruk daripada iblis dan pemimpin yang zalim yang telah dilaknat Allah..
Abu Bakar juga menganjurkan tiada ketaatan kepada pemimpin yang tidak taat kepada Allah dan Rasul.hanya pemimpin yang taat kepada Allah dan rasul sahaja wajib kita taati.

petikan buku :taktik dan strategi berpolotik gaya khulafa' ar-rasyidin karangan tuan guru haji abdul hadi awang

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...