Sunday, March 13, 2011

permata di bumi palestin 2



seranagn terhadap bumi palestin tidak pernah sunyi.pihak zionis yang tidak punya hati terus rakus dahagakan darah orang beriman. mereka dengan kejam terus membunuh di Syabra, Syatila, di masjid ibrahim,Hebron, dan ratusan lagi kes pembunuhan. rakyat mahu kembali kepada perjuangan berteraskan al-quran dan as-sunnah. pada tahun 1987, syeikh ahmad yassin dan beberapa pendokong ikhwanul muslimin di gaza menubuhkan harakatul muqawwamatil islamiyyah(hamas). pertubuhan yang bercirikan ikhwanul muslimin ini terus menyeru rakyat palestin berjuang atas dasar islam.

gerakan jihad ini amat tersohor di seluruh dunia hingga mengacutkan hati2 musuh Allah sehingga amerika syarikat meletakkan pertubuhan ini sebagai pertubuhan pengganas. namun nama hamas terus menjadi haruman yang subur di hati rakyat palestin.syeikh ahmad yassin yang menjadi permata dunia harum namanya meminpin hamas. walaupun hanya disorong kerusi roda, namun panculan kata2 yang membangkitkan semangat jihad pemuda2 telah meletakkan amerika dan israel dalam kebimbangan yang berterusn.hamas terus mengusung senjata melawan kezaliman tentera zionis.

beberapa cubaan menbunuh beliau dirancang oleh pihak zionis. antaranya pengeboman bangunan tempat pemimpin2 hamas bermenyuarat pada 6 sept 2003.syeikh ahmad yassin terselamat. israel terus berusaha membunuh pemimpin tersebut. pada 22 mac 2004, di waktu subuh yang hening, darah pejuang islam ini membasahi bumi palestin apabila diserang serangan peluru berpandu yang dilancar dari sebuah helikopter.begitulah syahidnya seorang pemimpin yang amat disayangi oleh seluruh rakyat dan dekat dihati ummat islam seluruh dunia.

sesungguhnya jalan perjuangan ini tidak ditaburi dengan mawar dan bunga-bunga yang mewangi, tapi diiringi dengan duri mehnah dan tribulasi.siapkan diri untuk harungi agar mengapai redha Illahi. semoga haruman syurga akan mengiringi... aminn..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...