Saturday, January 22, 2011

solat oh solat....


ramai hari ni yang sesat kerana mengabaikan solat.
byk kes hari ni yang menampakkan betapa jahilnya masyarakat hari ni..
namun, adakah kite sedar semuanya bermula dari solat...

berhubung dengan ini, al-baihaqi meriwayatkan, kata nabi yang bermaksud "solat adalah tiang agama, sesiapa yang meninggalkannya maka dia meruntuhkan agama"

dari runtuhnya agamalah, maka runtuhlah akhlak seseorang, maka, berlakulah perkara-perkara yang keji seperti buang bayi, pengzinaan, pelacuran, kecurian, rompakan, pembunuhan, dan sebagainya lagi yang tak sepatutnya berlaku andai sesorang berpegang pada agama..

surah al-Ankabut:45, allah berfirman "sesungguhnya solat dapat mencegah perkara keji dan mungkar." namun,

namun, sejauh mana solat kita hari ini mencegah perkara ini... ini disebabkan faktor pengabaian solat,bukan tidak solat semata-mata, namun mengambil mudah perkara solat. golongan yang memperkecilkan solat adalah golongan yang sesat. firman Allah dalam surah Maryam:59 "maka datanglah selepas merekapengganti(yang keji) yang mengsia-siakan solat serta mengikut hawa nafsu, maka kelak meraka menemui kesesatan"

Abdullah bin Abbas berkata, " maksud mensia-siakan solat bukanlah meninggalkan solat semata-mata,tetapi melewatkanya dari waktunya.

Imam Said bin Musayyab juga berpendapat sama dengan sahabat nabi, Abbdullah bin Abbas, meraka melaksanakan solat zuhur dalam waktu asar, asar dalam waktu magrib, solat magrib dalam waktu isyak dan solat isyak ditangguh hingga waktu subuh dan solat subuh selepas matahari terbit.sesiapa yang mati tanpa bertaubat, maka akan dihumban kedalam sebuah lembah yang bernama ghay di dalam neraka yang diberikan makanan yang amat jijik.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...