Lihat bulan dan bintang Menerangi dunia Betapa agung kerajaan-Nya Lihat pulalah lautan Sang suria di atasnya Semua akur pada Yang Esa
Umpama kan sang unggas Di rimba belantara Begitulah bandingannya kita Sungguh kerdilnya insan Yang diciptakan Tuhan Ternyatalah Agung Ar -Rahman
Besar niat bahaya Kita tempuhi jua Segala perintah-Nya kita laksana Jauhkan larangan-Nya Sembunyi atau nyata Semua untuk faedah kita Ikhlas kan pada hati Amal kerna Ilahi Teguhkan dalam diri kalam Rabbani Pesanan dari Nabi jadi panduan diri Hidup dan mati untuk Ilahi
Tiada perkataan layak buat bayangan Terima kasih pada-Mu Tuhan Tak terhitung kurniaan Biara dakwat selautan Sesungguhnya Kau Maha Penyayang
Alhamdulillah, short sem berjalan cukup cepat .. hampir keseluruhan pelajar iium nilai ni dah nak balik..just tinggal beberapa kerat sahaja lagi yang masih berjuang untuk peperiksaan(termasuk org yang sedang menulis ni, tapi tak sedar diri nak exam) melihat sahabat2 melangkah menyeberangi pintu pagar yang memenjarakan kami kat sini, sayu la jugak hati ni.. tapi apakan daya, pepisahan tetap akan berlaku kerana setiap yang bertemu pasti akan berpisah.
mungkin ini hanyalah perpisahan dunia yang mungkin hanya sementara. tapi andai Allah telah memisahkan kita untuk selamanya, doakan syurga menjadi destinasi pertemuan seterusnya.. pasti indah persahabatan yang berdestinasikan syurga. namun siapa lah kita yang bisa menentukanya.. hanya Allah sahaja yang mengetahui dimana tempat kita nanti.
pertemuan itu manis, dan pasti perpisahan itu pahit.namun sepahit mana sekalipun perpisahan itu, pasti kita akan merasa lebih manisnya pertemuan andai berlaku perpisahan.. pasrahlah dengan segalanya,kerana pasti Allah janjikan yang lebih baik..
buat sahabat, andai hari ini aku pergi, moga kita bertemu di syurga nanti..:)