Thursday, October 7, 2010

bayi pertama selamat dilahirkan di sekolah harapan...



wooo,, terpinga saya selepas terbace tajuk surat khabar sinar harian hari ini, 7hb 10 2010... menurut laporan dari surat khabar berkenaan bahawa sekolah mengandung ini telah berjaya mencapai matlamat dan visi penubuhan.. so, matlamat dan visi kerajaan menubuhkan sekolah harapan ni adalah semata-mata ingin menyelamatkan bayi.. memang matlamat ni murni, namun adakah sejajar dengan apa yang disarankan dalam Islam.. jika dibace lagi isi laporan menyatakan semakin ramai yang berminat dan mula mendaftarkan diri..

Ya Allah, ini kes berat.. maka akan ramai lagilah remaja-remaja yang melakukan perbuatan keji iaitu zina.. bkn sekadar zina, malah nanti yang belum mencuba utk lakukan akan try utk melakukan perbuatan keji ini dengan alasan nasib mereka akan terbela...masalah ini serius dan perlu ditimbal balik.. jika tidak dibendung nanti,, maka sekolah2 harian dan sekolah2 agama or, sekolah2 swasta, and sekolah2 asrama penuh dan macam2 jenis sekolah lagi yang terdapat kat malaysia ni bakal ditutup kerana kekuranagn pelajar..
oh no!!!!!! ni perkara bahaya.. mana pelajar2 ni? kat mane? sekolah harapan....

menurut laporan dalam akhbar itu tadi juga, ibu kepada bayi pertama sekolah harapan tersebut adalah pelajar berusia 17 tahun yang bakal menduduki spm tidak lama lagi...inilah gejala yang telah terjadi di negara kita yang dicanang sebagai negara islam,, namun, perkara sebegini semakin berleluasa.. manusia bakal menganggap zina bukan lagi dosa yang patut menerima hukuman, tapi bahan keseronokan dunia yang patut dinikmati... tanpa menyedari pembalasan Allah yang amat pedih...

"la taqrabu zina"= " jgnlah kamu menghampiri zina"

namun peringatan Allah ini dipandang enteng oleh ummat hari ini.. Allah telah tetapkan penzina perempuan dan penzina lelaki yang belum berkahwin, dihukum sebatan sebanyak 100 kali, manakala penzina perempuan dan lelaki yang telah berkahwin dihukum rejam samapai mati...... hukuman hudud yang Allah tetapkan dalam Al-Quran cukup sempurna.. namun, adakan cara ini yang diguna pakai?? adakan anda yakin ada lagi yang akan berani melakukan perbuatan keji ini andai hukuman tuhan kita laksanakan.. adakah Allah menyebut dalam Al-Quran ataupun hadis berkenaan sekolah harapan? namun manusia akan mereka apa sahaja yang akan menolok hukum tuhan...

jgn nanti kita biarkan negara kita dipenuhi anak luar nikah, dan maksiat berleluasa hingga didepan muka pintu rumah kita... namun, anak yang tidak berdosa harus diselamtkan tapi bkn dengan cara sebegini.. andai zina dan maksiat tidak berlaku, mustahil ada yang akan menganiaya bayi yang tidak berdosa... cegah zina dan maksiat, pembuangan bayi tadak akan berlaku lagi...

tegakkan islam dimuka bumi..... maka makmurlah bumi dengan rahmatNya.... insyaAllah... aminnn...... islam pasti menang...

Thursday, September 30, 2010

apabila kita berkasih sayang,,

wah, hebat tajuk ni... sapa kita tu ye?
hmm,, kasih sayang ni mmg fitrah manusia kan? semua manusia perlukan kasih sayang. mcam remaja sekarang cakap la," kami ingin mencintai dan dicintai"

tapi sedarkah mereka kata-kata ini disalah ertikan dengan cinta dan kasih sayang yang tidak dibenarkan.. sebenarnya kasih sayang adalah makanan asasi setiap makhluk di muka bumi. kasih sayang tidak terbatas dalam lingkungan manusia sahaja , tapi lebih meluas daripada itu.Rasulullah adalah contoh manusia yang paling banyak melimpahkan kasih sayang seperti sabda baginda;
" perumpamaan kaum mukmin dalam kasih sayang mereka ibarat satu tubuh yang apabila satu anggotanya menderita, maka seluruh tubuh akan turut menderita sama ada tidak boleh tidur ataupun kerana panas"(riwayat muslim)

dalam hadis yang lain lagi menyatakan janji Allah kepada orang yang berkasih sayang"sesungguhnya Allah menyayangi hamba-hambaNya yang erkasih sayang"(riwayat bukhari)

namun, jangan sesekali kita salah ertikan maksud kasih sayang yang telah Allah tetapkan.. kasih sayang akhirnya menjerat manusia hari ini ke neraka.. maka rugilah bagi yang menyalah ertikan erti kasih sayang..

suburkanlah kasih sayang yang mahmudah dalam diri kita. kasih sayang hamba kepada Allah, kasih sayang anak kepada ibu bapa, kasih sayang sesama saudara mara, kasih sayang sesama muslim(bukan couple ye!!)

Tuesday, September 28, 2010

"kejap lagi lah..."

huhu,, macam pernah dengar ya? tapi dimana??

hehehe,, ucapan yang menjadi kebiasaan anak muda hari, bila disuruh dan diminta berbuat sesuatu.. macam dah jadi jawapan wajib je kan? tapi apakan daya, kita harus cari jalan keluar agar tak terus memberi jawapan sedemikian.. walaupun pepatah bi ada sebut, better late than never. tak semestinya kita kena sentiasa lambat kan?or, idiom, tomorrow never die, jd tak semestinya kita kena tangguh sampai esok keje kita..kalu orang betul-betul faham istilah ni,, dia akan buat kerja tu terus kan?

tapi walaubagaimanapun, kalu tak faham bahasa orang putih, kita hayati peribahasa melayu kita, siapa cepat dia dapat... ha,, terang lagi bersuluh kan,, kita lebih baik buat jgn bertangguh dan bersungguh-sungguh... pepatah arab pun ada sebut,(hehe, x brapa ingat, yang blajar masa f.5),, macam ni lah lebih kurang, "burung yang keluar awal pasti akan dapat dulu" lebih kurang la maksud dia..
ape yang boleh tgk sekarang macam ni la, kalau kita ni lambat, akhirnya kita sendiri akan rugi.. contohnya, bila kita sekarang bertangguh nak buat ibadah,akhirnya kalu dah tak sempat, tak ada la bekalan kita kat akhirat nanti.. bukan apa, kita ni manusia, tak tahu bila ajal kita,, sebab tu la Rasulullah bersabda," berkerjalah kamu ibarat kamu akan hidup seribu tahun lagi dan beribadahlah kamu seperti kamu akn mati sebentar lagi"

Islam cukup indah, ajar penganutnya buat kerja semampu mgkin dan jgn sesekali menangguhkan kerja.. hebat kan,so, sama-samalah kita berubah kearah yang lebih baik.. hari ini lebih baik dari semalam,dan esok lebih baik dari hari ni.. ayuh ummah,, selamat beramal..

Monday, September 27, 2010

berangkat tak terangkat.....


huhuhu, tajuk yang agak lawak, ye ke?
xde la, serius tajuk ni sebenarnya,,,ye,, mmg serius, macam mane orang yang sering diangkat oleh orang lain, tahu2 je dia dah ada kat tempat tinggi sebab kene angkat,, hehehe, ni bukan soal angkat badan, tapi angkat diri,,

eh, pening betul, kejap bukan angkat badan, ni angkat diri pula, bukan sama ke tu??

he2,, lain la sayang.. angkat diri ni, memuja, memuji, mengangkat name orang tu , sampai disebut-sebut oleh orang lain.. ni kes serius tw.. kalu terus terangkat dan diangkat sampai boleh buat seseorang tu dah tak pandang bawah.. ni la gejala yang termelular dalam diri manusia(al-insan_lupa) yang sering lupa diri..

gejala ni boleh la diberi nama, ujub, tajabbur, sum'ah, dah macam2 lagi yang sama erti dengannye.. teringat saya tentang satu isu dalam solusi(majalah agama famous terbitan telaga biru) isu ke-21, melebur takabbur.. sebenarnya sifat ni tanpa disedari menyelinap masuk dalam diri manusia ni.. sifat ni boleh hadir bila-bila masa saja.. tapi yang amat bahaya gejala ni membuatkan amalan baik kita tak langsung diangkat oleh Allah nanti.. sia-sia sahaja lah amalan kita dengan hadirnnya sifat ni dalam diri..nauzubillah.. moga kita dilindungi..

walau bagaimanapun, perlulah kita ingat, iblis telah berjanji untuk menyesatkan anak cucu adam selagi boleh.. tak kira tok guru, mufti, ustaz, lagi-lagi kita, cuma manusia yang hina..sesungguhnya, sifat takabbur tu hanya milik Allah, bukan makluk seperti kita yang tak punya ape2,, semua yang kita ada sekarang hanyalah pinjaman semata-mata..

Allah berfirman"sesungguhnya DIA tidak suka kepada orang yang sombong takabbur"

(an-nahl:23)

dalam Al-Quran sendiri Allah banyak menyatakan umat2 terdahulu yang dibinasakan akibat sifat takabbur mereka.. maka sebagai ummat akhir zaman, seharusnya kita mengambil pengajaran, lihat, bagaimana Allah binasakan firaun, akibat dari sifat bongkak dan sombong, merasa dirinya tuhan, pada akhirnya mati kerana seekor nyamuk.. bagaimana pula Allah binasakan kaum ad' dan thamud, kerana takabbur dengan apa yang dimilikinya dan tak mahu patuh pada Allah..dan bagaimana Allah tenggelamkan qarun dan hartanya, kerana sikap lupa diri...

banyak sekali kisah yang boleh dijadikan teladan, kutiplah ilmu yang boleh menghalang diri dari sifat tersebut..banyakkan amal ibadah, dan ingatlah segala kelebihan yang dimili hanyalah pinjaman semata-mata, dan bakal dipulangkan bila=bila masa apabila Allah memintanya kembali..dan sedarlah kita hanya manusia yang berasal dari tanah, dan air mani yang amat jijik, terjadinya kita... bukan dari emas dan berlian. moga kita akan diberi petunjuk oleh Allah, dan dilindungi dari sifat takabbur, riak, sombong, ujub, sum'ah, dan segala sifat mazmumah...

Sunday, September 26, 2010

E.X.A.M

abis versi raye,, kite masuk versi exam plop.. tahu2 jelah, adab belajar mesti ada exam kalu kat malaysia ni.. huhu. aku pun termasuk la salah seorang student yang ambil exam kerana itu sistem negara kita kan.. kalu diikiutkan, sistem peperiksaan ni tak la elok sangat, sebab kebanyakan student lebih menghafal teori untuk lulus dan cemerlang exam kan? kalu kita ikut sistem teori dan amalkan teori tersebut, pasti peperiksaan tu akan jadi something yang menyeronokkan bg student-student kan?

hehe, dah la melalut pasal sistem pembelajaran kat malaysia. kalu nak tukar, tunggu la aku jadi menteri pelajaran nanti.. keh3...

sebabkan exam final aku untuk sem ni lepas raye, raye aku kali ni kene la berpada-pada sikit.. huhu,, macam tahun sebelum ni la, SPM kan lepas raye,, raye ke-5 baru sentuh buku.. hehehe, tu tahap sakan ke berpada-pada? aku pun keliru.sentuh buku ke bace?? hehehe.. bace kot.. aceh2.. buat ayat budak baik..study konon nye..

alah-alah,exam 20 hb, aku bertolak dari terengganu 19 hb.. perut berdebar2 takut keletihan yang teramat akn melanda diri aku ni.. tapi Alhamdulillah, Allah permudahkan jalan aku. walau pun jalan sesak, namun aku tak la penat sangat. sesampainye kat hostel tu, tgk pula orang yang duk study menambahkan lagi semangat aku untuk turut study walau malam tu agak penat ngn ngantuk..

pejam celik, pejam celik, hari berganti hari, akhirnya abis la exam aku sampai 23hb. huhu,, Alhamdulillah abis jgk exam. aku harap la dapat result elok.. aku berserah kat Allah tentang keputusan tu.

dah abis exam tenang sikit rase hati ni.. tapi aku kene lebih struggle sem depan...insyaALLAH...

Saturday, September 25, 2010

R.A.Y.A. vs F.A.M.I.L.Y


huhu,,lame x menulis..
hari ni aku nak menulis pasal raye lah...

hehehe,, raye taun ni, family aku bertambah lagi sorang,, dengan kehadiran kakak ipar aku, nur hafizah(kak eija).. abang mie pun raye kat cni taun ni.. menjadikan family aku seramai 12 orang taun ni termasuk mak ngn ayah aku..waaaa.. happynye saat sume bleh kumpul.. dah lame x kumpul ramai2 macam ni...

time2 ni lah terjalin earat hubungan kami sekeluarga.. macam2 kerenah dan cerita baru akan keluar.. biaselah, lame x jumpe kan... mase pagi raye tu,,masing buat andaian,, adakah raye taun ni, kite akan berasak-asak dalam unser untuk pegi beraye macam taun lepas.. hehehehe,, walaupun berasak-asak,, tapi best sangat.. keh2.. tapi x mungkin punye,, sbb taun lepas pun dah macam ikan sardin, xkan nak tambah lagi sorang,, lagipun kakak ipar saya dah berbadan dua.. huhuhu, kalu kene sumbat jgk dalam unser tu, x tw la ape jdnye...

tu citer pasal nak pergi jalan raye,, x masuk cite2 nakal yang terkeluar tgh duk sembang ramai2.. huuhuh,, macam2, citer kakak aku(kak yah) yang takut bunyi blander, citer aku yang lari dari tadika sebab tok aku x tunggu nye.. citer main sungai waktu kecil-kecil lah,, n banyak lagii..... waaaa...... bestnye saat tu....

tapi sume tu dah lame pergi kan, jadi pengalaman yang amat berharga dalam diri ni.. best tw ad aik beradik ramai ni.. sekarang, masing-masing dah mula sibuk dengan kehidupan masing2,,sorang keje kt cyberjaya, bidang it( moga diberi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat, dan semoga dapat jodoh cepat), dua orang yang laki masing2 sibuk dengan bisnes masing2,, sorang peniaga emas, sorang peniaga keropok...( moga rezeki mereka akan bertambah dan diberkati Allah).. kakak2 iparkau pula, sorang cikgu, sorang pegawai bank.. kakak aku yang gombak,( moga jdi pelajar top kat uia), aku, baru menjadi pejar uia,, hehehe.. moga2 dapat jadi pelajr terbaik jge,, n adik2 aku yang tige orang kat kg, sorang form 4,( jadi anak baik taw, jangan main2 lgi, belajar dulu) mc lah ngn cik hud,, hehehe permata hati, adik aku yang darjah 4 , and darjah 2,, kerenahnye buat aku x lene,, aceh.. dan permata hati, pengarang jantung, insan paling berharga dalam hidup aku,, my mom and my dad.... waaaaa..... rindu ,, bile lagi boleh kumpul macam raye ari tu.....

ape2 pun,, sumenya aku rindu and aku sayang bangat kat mereka...ya Allah,, jadikanlah kami keluarga yang sentiasa bersatu hatinye... amin...

Monday, September 6, 2010

renung2kan dan selamat beramal


Al-Quran sebagai petunjuk disepanjang perjalanan sebagai seorang insan muslim.. dalam keadaan sedar dan tidak, didalamnya terkandung perbagai hikmat yang diceritakan oleh Allah sebagai petunjuk kepada manusia yang mengambil pengajaran. Alhamdulillah, hari ini marilah kita sama-sama merenung sebuah surah yang terkandung dalam Al-quran. moga2 kita tergolong dalam kalangan orang yang mengambil pelajaran..

secara keseluruhannya, surah ini menceritakan tentang kisah nabi Musa AS.kisah bermula dari bagaimana musa dilahirkan, kekejaman firaun , dan segalanya yang berlaku agar manusia mengambil pengajaran daripadanya..
"Kami membacakan kepadamu sebahagian dari kisah musa dan firaun dengan sebenarnya untuk orang-orang yang beriman." 28:3

dalam ayat2 yang seterusnya Allah menceritakan lagi bagaimana ketika lahirnya musa ke dunia dalam keadaan firaun memerintahkan agar dibunuh semua bayi lelaki yang kononnya bakal menjatuhkannya nanti..maka lahirlah musa, ibunya resah dan bimbang. lalu Allah berfirman:
" dan Kami ilhamkan kepada ibu musa,"susuilah dia(musa)dan apabila engkau khuatir terhadapnya maka hanyutkanlah dia ke sungai nil. Dan janganlah engkau takut dan jangan pula bersedih hati, sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu dan menjadikannya salah seorang rasul."28:7

setelah bertawakkal kepada Allah, ibu musa dengan keyakinan yang mantap pada Allah menghanyutkan musa ke sungai nil. janji Allah adalah benar, lalu musa dijaga oleh Allah dan diselamatkan oleh isteri firaun sendiri..maka, membesarlah seorang nabi yang bakal menyeru ummat manusia ke arah kebenaran.
"dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan musa dengan membawa ayat2 Kami dan keterangan yang nyata."40:23

kekejaman firaun dan kesombongannya serta keingkarannya terhadap perintah Allah menjadikanya golongan yang diazab oleh Allah. apabila Allah mengutuskan nabi musa sebagai penyeru, firaun berkata yang musa adalah penyihir.. lalu rasakanlah azab yang pedih dari Allah.
" masuklah firaun dan pengikutnya kedalam azab yang amat keras!"40:46.

lihatlah bagaimana kesombongan dan keangkuhan yang akhirnya membawa kepada azab yang amat pedih.. matinya ditengelamkan oleh laut merah yang terbelah dengan kuasa Allah..

"Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. setelah berhijrah ke Madinah melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada 10 Muharram. Rasulullah s.a.w. bertanya kepada mereka: “Hari apakah ini yang kamu berpuasa padanya?” Mereka menjawab: “Ini adalah hari yang agung. Hari ini Allah menyelamatkan Musa dan kaumnya. Hari ini juga Allah menenggelamkan Firaun dan kaumnya. Musa berpuasa pada hari ini sebagai syukur kepada Allah. Lalu kami turut juga berpuasa.” Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kami lebih layak mengikuti Musa dari kamu.” Lalu Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang Islam yang lain juga berpuasa."

P/s: wahai manusia yang punyai akal fikiran dan iman dihati, tutupi mata zahir dan bukalah mata hati, merenung kembali isi AlQuran agar kita endapat petunjuk darinya. moga kita tergolong dalam golongan Orang yang bertakwa// aminnn...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...